Masih belum serasi, fans Borneo tak mahu terlalu awal 'lambung' Jimmy Raymond


  • Podium
  • Isnin, 09 Dis 2024

Persembahan lebih baik ditagih daripada Harimau Malaya untuk bertemu Timor Leste bagi aksi Kumpulan A Piala AFF 2024. — Facebook/FAM

MALAYSIA memulakan kempen Piala AFF 2024 dengan kurang menyakinkan dalam Kumpulan A apabila sekadar meraih keputusan seri 2-2 bertemu Kemboja pada Ahad.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Olimpik Phnom Penh, Kemboja itu menyaksikan tonggak tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin membuka tirai jaringan pada minit ke-35.

Namun, kelekaan dalam barisan pertahanan pada babak kedua menghukum Harimau Malaya yang dibolosi sebanyak dua kali menerusi jaringan Abdel Kader Coulibaly dan Ty Sa.

BACA LAGI: Kinoshi desak Selangor FC bangkit benam skuad Jang lepas 2 kekalahan berturut-turut

BACA LAGI: Bangga anak Sarawak dalam HM, legenda Borneo ucap maju jaya buat Jimmy Raymond

WhatsApp Image 2024-12-09 at 12.35.50

Pemain pertahanan Kuching City FC, Jimmy Raymond dikesan melakukan beberapa kesilapan sepanjang aksi debutnya bersama Harimau Malaya. Facebook/FAM

Meskipun ketinggalan 1-2 namun Malaysia kembali mengikat kedudukan pada minit ke-74 selepas kesilapan penjaga gol Kemboja, Dara Vireak membuka ruang buat Fergus Tierney untuk menghasilkan jaringan.

Menariknya aksi tersebut, nama pemain pertahanan Kuching City FC, Jimmy Raymond sekali lagi mencuri tumpuan penyokong tanah air selepas membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan.

Jimmy sebelum ini mencuri perhatian penyokong tanah air selepas berhasil menambat hati pengendali interim Harimau Malaya, Pau Marti Vicente untuk bersama-sama berjuang membantu skuad kebangsaan.

Menurut penyokong tanah air, anak jati kelahiran Sarawak itu dilihat belum serasi dalam pasukan dengan beberapa kesilapan dilakukan sepanjang aksi debutnya itu.

"Nampak Jimmy masih belum serasi lagi, kemungkinan masih first match, mungkin next match akan lebih baik," kata Zamylas Lov Jason Las.

"Belum serasi lagi itu, baru first time main dengan Harimau Malaya, lama-lama nanti tambah baiklah itu," kata Asrul Bahari.

"Jimmy masih belum biasa partner dalam Harimau Malaya, agak gugup untuk first half tapi mendapat rentak second half, teruskan momentum Jimmy," kata Roy April.

Selepas ini, Malaysia akan menerima kunjungan Timor Leste dalam aksi kedua Kumpulan A pada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram