Bintang JDT antara 2 rekrut jendela kedua belum menyengat, tak bawa hasil


  • Podium
  • Selasa, 10 Dis 2024

Meskipun JDT meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super namun ada penyokong yang masih tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh salah seorang bintang importnya.

PADA jendela perpindahan kedua musim ini, beberapa kelab Liga Malaysia mengorak langkah awal membawa beberapa wajah baharu dengan harapan memperkukuh pasukan.

Antara pasukan yang sering menjadi tumpuan ketika jendela perpindahan adalah jaguh Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Namun, beberapa bintang baharu tersebut belum memberi impak seperti yang diimpikan oleh penyokong beberapa kelab berkenaan yang sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan mereka dalam membantu pasukan mencapai kejayaan.

BACA LAGI: Bergson layak MVP tapi karakter Sumareh pula jadi sebutan

BACA LAGI: [VIDEO] Enggan salahkan Bergson, fans JDT anggap taktikal bertahan LCS punca provokasi

Walaupun diperkenalkan dengan harapan untuk memperkukuh pasukan, prestasi mereka belum menunjukkan hasil yang memuaskan.

Rekrut-rekrut tersebut yang diharap dapat membawa perubahan positif dalam pasukan, terutamanya untuk mengharungi perlawanan sengit seperti aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan saingan liga domestik belum berjaya memberikan sumbangan kepada kelab.

Faktor seperti kecergasan, keserasian dengan rakan sepasukan atau mungkin kekurangan pengalaman dalam perlawanan tertentu mungkin menjadi punca kegagalan mereka untuk memenuhi jangkaan.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan dua import yang belum memberi impak kepada pasukan masing-masing.

WhatsApp Image 2024-12-09 at 18.26.05 (1)

Obregon menampilkan aksi hambar meskipun diberi peluang beberapa kali beraksi bersama JDT.

Jorge Obregon

Penyerang kelahiran Colombia, Jorge Obregon mendapat kritikan menyeluruh daripada penyokong Harimau Selatan selepas menampilkan persembahan yang kurang cemerlang bersama JDT.

Hal ini kerana, dalam beberapa perlawanan beraksi bersama JDT, Obregon boleh disifatkan sebagai penyerang yang masih tumpul di depan pintu gawang.

Peminat Harimau Selatan berpendapat kualiti Obregon masih belum menyamai pemain import sedia ada, Bergson da Silva meskipun umurnya lebih muda daripada bekas penjaring terbanyak Liga Super 2022 itu.

Obregon dibawa masuk JDT pada jendela perpindahan kedua Liga Super dengan harapan kehadirannya dapat mengurangkan beban dipikul Bergson yang semakin berusia.

Namun, meskipun sudah mencetak beberapa gol di peringkat domestik, pemain berkenaan masih bergelut untuk memberikan persembahan terbaik, lebih-lebih lagi ketika beraksi di pentas Asia.

WhatsApp Image 2024-12-09 at 18.26.05

Persembahan yang ditampilkan oleh Bonilla bersama Terengganu FC belum cukup memenuhi harapan penyokong Sang Penyu.

Nelson Bonilla

Penyerang Terengganu FC, Nelson Bonilla yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua, menjadi antara rekrut yang gagal memberikan impak diharapkan.

Sejak menyertai pasukan, Bonilla sepatutnya menjadi tonggak utama dalam memperkukuh serangan skuad Sang Penyu dengan kepakaran menjaringkan gol dan mencipta peluang.

Namun, prestasinya setakat ini belum memenuhi harapan penyokong Pantai Timur itu.

Walaupun Bonilla memiliki pengalaman luas di liga-liga luar negara dan memiliki pengalaman beraksi dalam kempen Piala Dunia 2022, dia dilihat sukar untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan Terengganu FC.

Kekurangan gol dan sumbangan dalam mencipta peluang menyerang menjadi antara faktor yang menyebabkan dia tidak dapat memberi hasil yang diharapkan.

Masalah keserasian dengan rakan sepasukan dan kecergasan juga mungkin menjadi punca utama kegagalannya untuk menyerlah.

Untuk rekod, sepanjang tujuh perlawanan dalam saingan Liga Super, penyerang berketinggian 1.79 meter itu hanya mencatatkan dua gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram