Akademi JDT menyerlah di Piala Supermokh 2024, platform cungkil bakat terbaik bola sepak negara


  • Podium
  • Rabu, 20 Nov 2024

Akademi JDT selaku juara B-14 selepas menumbangkan kelab Thailand, Buriram United 2-1.

KEJOHANAN Bola Sepak Piala Supermokh 2024 edisi kelapan yang telah melabuhkan tirainya pada 19 November 2024 berjaya menyerlahkan bakat-bakat terbaik bola sepak negara yang dikesan melalui mutu perlawanan yang ditunjukkan.

Pengurus Besar Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Muhammad Yusoff Ibrahim berkata, walaupun berdepan beberapa halangan namun semua perancangan berjalan dengan lancar.

BACA LAGI: Tewaskan JDT Academy, kelab Thailand lakar kejutan ke pentas final lawan NFDP A

BACA LAGI: Teruskan momentum kemenangan, NFDP A buru 3 mata berdepan kelab Indonesia

“Secara keseluruhannya kami berasa puas hati dengan keseluruhan perjalanan kejohanan yang berlangsung sejak 14 November dan berakhir 19 November 2024.

“Meskipun ada beberapa halangan contohnya keadaan cuaca hujan yang tidak menentu, kesemua perlawanan yang telah di jadualkan dapat berjalan dengan baik.

“Kejohanan ini juga telah berjaya menyerlahkan bakat-bakat terbaik bola sepak negara yang dapat dikesan melalui mutu perlawanan yang ditunjukkan,” ujarnya.

WhatsApp Image 2024-11-19 at 14.30.07

Skuad NFPD A dinobatkan selaku juara kategori B-12.

Tambahnya lagi, dari sudut teknikal, persaingan antara pasukan yang bertanding semakin berkualiti dan berintensiti tinggi.

“Kami melihat dan percaya pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan pada edidi kelapan tahun ini telah bersiap sedia sejak awal tahun lagi untuk merebut gelaran kejuaraan.

“Pada masa sama, kita juga mendapat maklum balas mengenai peningkatan penyertaan pasukan yang telah menyatakan minat mereka untuk menyertai kejohanan ini pada tahun hadapan.

“NFDP akan mengambil semua pandangan dari semua pihak yang menyertai kejohanan ini dan akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal NFDP bagi penambahbaikan bagi kejohanan akan datang.

“Tahniah kepada pasukan NFDP A (B12), Zhejiang PFC (B13) dan Akademi JDT yang menjadi juara setiap kategori,” ujarnya.

Pada kejohanan tersebut, skuad NFDP A mempertahankan kejuaraan kategori B-12 tahun selepas mengecewakan Pattaya United 1-0.

Tempat ketiga pula milik, JDT Academy yang menewaskan NFDP B menerusi penentuan sepakan penalti, 4-2.

Dalam saingan B-13, wakil China, Zhejiang PFC mengungguli aksi final selepas menumbangkan tuan rumah AMD B-13 Future 1-0.

Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) pula dijulang selaku juara B-14 selepas menumbangkan kelab Thailand, Buriram United 2-1. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram