Tewaskan JDT Academy, kelab Thailand lakar kejutan ke pentas final lawan NFDP A


  • Podium
  • Isnin, 18 Nov 2024

JDT Academy tewas kepada Pattaya United sekali gus terkandas ke pentas final kategori B-12 Piala Supermokh 2024.

SKUAD Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) A melangkah ke pentas final dalam kategori bawah 12 (B-12) tahun Piala Supermokh 2024 selepas menewaskan NFDP B, 3-1.

Skuad bimbingan Abdul Ghani Malek memulakan aksi dengan penuh meyakinkan apabila melancarkan serangan sebaik wisel perlawanan dibunyikan.

Penyerang berbisa NFDP A, Badrul Hazim Hazmi meletakkan pasukan di hadapan pada minit ke-7 namun dibatalkan kerana ofsaid.

BACA LAGI: Fizikal lawan bukan penghalang, AMD FUTURE mulakan Piala Supermokh 2024 dengan keputusan positif

BACA LAGI: 'The Next Supermokh' sentuhan terakhir Allahyarham Azraai Khor

Usaha berterusan Badrul Hazim akhirnya membuahkan hasil apabila rembatan padunya dari luar kotak penalti pada minit 10 berjaya menewaskan penjaga gawang NFDP B, Mohd Aqil Aqasha untuk kedudukan 1-0.

NFDP A semakin selesa di depan apabila Badrul Hazim mencetak nama selaku pencetak gol kedua peribadi dan pasukan selang 12 minit kemudian.

Walaupun ketinggalan 0-2, NFDP B tidak mempamerkan semangat mengalah dengan memperoleh beberapa peluang keemasan namun kekentalan benteng pertahan dan penjaga gawang, Muhammad Aqil Hazwan memastikan kedudukan 2-0 kekal sehinggan tamat separuh masa pertama.

IMG_5310

Skuad bimbingan Abdul Ghani Malek memulakan aksi dengan penuh meyakinkan apabila melancarkan serangan sebaik wisel perlawanan dibunyikan.

Memasuki babak kedua, giliran NFDP B pula dilihat lebih banyak menguasai perlawanan yang memberikan tekanan buat lawan.

Ketika NFDP B ghairah menyerang memburu gol, Mohd Haziq Mohd Amiruddin menjaringkan gol ketiga buat NFDP A pada minit ke-33.

Kerja keras NFDP B memburu gol akhirnya berhasil menerusi rembatan deras Muhammad Farhan Darwisyh gagal diselamatkan Muhammad Aqil Hazwan yang sebelum itu kental mengawal gawang NFDP A.

Gol tersebut nyata menaikkan semangat anak didik Hassan Sazali Waras untuk terus memburu gol kedua namun keputusan 3-1 itu kekal sehinggalah tamat perlawanan.

IMG_5326

JDT Academy yang merupakan pasukan pilihan namun tewas kepada Pattaya United.

Sementara itu, dalam perlawanan berbeza, kelab dari Thailand, Pattaya United melakar kejutan melangkah ke pentas final kategori B-12 Piala Supermokh 2024 selepas menewaskan JDT Academy, 2-1.

Dua gol pada babak pertama dijaringkan Supakorn Hancai dan Wuttiphat Juimuangri memastikan pertembungan final berdepan NFDP A, petang Isnin.

Turun berdepan JDT Academy yang merupakan pasukan pilihan, Pattaya United mempamerkan aksi kemas dengan hantaran pendek dan serangan melalui sayap.

Supakorn Hancai meletakkan Pattaya United di depan seawal minit 20 menerusi rembatan yang terus menerjah gawang JDT Academy.

IMG_5329

JDT Academy cuba memburu gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti namun keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Berselang sembilan minit kemudian, giliran pemain cilik dan lincah, Wuttiphat Juimuangri menggandakan kelebihan buat pasukan dengan gol kedua.

Memasuki babak kedua, corak permainan berbeza ditampilkan JDT Academy dan berjaya memperoleh gol menerusi Daryen Qafil Joraimi pada minit ke-40.

Walaupun JDT Academy cuba memburu gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti namun keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

JDT Academy akan menentang NFDP B bagi penentuan tempat ketiga dan keempat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram