Tak dapat turun SUKMA, ayah ibu atlet Petaling Perdana sanggup berhujan hadir MSS Selangor 'ganti' sokongan


  • Podium
  • Isnin, 02 Sep 2024

Raja Nur Ain (kanan) dan adiknya, Raja Nur Aimi meminati sukan olah raga sejak kecil.

DEMI menyokong minat anak terhadap sukan, sepasang suami tidak lokek mengorbankan masa untuk turun ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-Sukan Selangor (MSSS) yang berlangsung di Klang pada Isnin.

Walaupun terpaksa berbasahkan hujan, Raja Muhammad Badiuzzaman dan isterinya tetap hadir bagi memastikan dua anak perempuannya mendapat sokongan terbaik bagi mencipta nama di kejohanan kali ke-72 itu.

Anak pertamanya, Raja Nur Ain Raja Muhamad Baddiuzzaman merupakan atlet SUKMA Selangor, hadir mewakili kontinjen Petaling Perdana.

BACA LAGI: Detik jadi pemisah, anak legenda JDT terkandas di separuh akhir MSSS 2024

BACA LAGI: [VIDEO] Hulu Selangor impikan kompleks sukan baharu, MSSS jadi medan terbaik tuntut ganjaran

Raja Nur Ain turun dengan reputasi besar untuk bersaing dalam lima acara iaitu 100 meter (m), 200m, 400m, 4x100 dan 4x200m.

Seorang lagi anaknya, Raja Nur Aimi pula bersaing untuk acara 100m, 4x100, 4x200 dan lompat jauh.

WhatsApp Image 2024-09-02 at 14.55.32

Raja Nur Ain turun dengan reputasi besar untuk bersaing dalam lima acara di pentas MSSS.

Ibarat menebus ketidakhadirannya memberi sokongan di SUKMA, Raja Muhammad sanggup melapangkan jadual kerja ke kejohanan yang lebih kecil seperti MSSS.

Mengulas tentang minat anaknya terhadap sukan, Raja Muhammad berkata, sebagai ibu bapa, dia sentiasa memberi sokongan terbaik untuk mereka.

"Memang mereka minat daripada kecil. Suka lari.

"Dari segi perbelanjaan, sukan olahraga tak perlukan peralatan yang banyak dan cukup sepasang kasut spike," katanya.

Walaupun bimbang tentang soal pembelajaran anaknya, Raja Muhammad tidak menafikan soal kebaikan bersukan.

WhatsApp Image 2024-09-02 at 14.55.48

Seperti kakaknya, Raja Nur Aimi juga bersaing untuk acara 100m, 4x100, 4x200 selain lompat jauh.

Katanya, selain sihat, anaknya akan merasai tentang persaingan dan perlu menetapkan sasaran.

"Bagi saya, pengorbanan paling besar dalam sukan ini adalah masa. Masa dia training adalah mak bapa juga.

"Tapi saya pun kena pastikan ada keseimbangan (belajar dan bersukan) sebab dia dah Tingkatan 5.

"Tahun ni main sukan, so next kena fokus pelajaran untuk masa depan," katanya.

Dengan pencapaian anaknya mewakili negeri dan daerah, Raja Muhammad meluahkan hasrat untuk melihat mereka berkhidmat kepada negara.

"Itu satu kebanggaan untuk kita (sebagai ibu bapa).

"Saya bersyukur ada jurulatih seperti Cikgu Syahril dari Sekolah Sukan Negeri Selangor.

"Mereka dah hasilkan banyak pelari yang bagus sehingga ke peringkat negara.

"Saya rasa anak saya berada di tempat yang betul," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Menyusul