Yazan boleh jadi duri dalam daging HM lepas bantu Jordan bangkit tewaskan tuan rumah


  • Podium
  • Sabtu, 06 Jan 2024

Jordan akan bertemu Jepun sebagai aksi terakhir pemanas badan pada 9 Januari ini. — Facebook/JFA

PENCABAR pertama Malaysia, Jordan dalam saingan Kumpulan E nampaknya bakal memberi saingan sengit kepada Malaysia pada perlawanan pembukaan Piala Asia Qatar.

Jordan yang baru sahaja menang 2-1 ke atas tuan rumah, Qatar dalam aksi persahabatan dapat menyuntik moral pemain untuk beraksi lebih bersemangat menentang Malaysia.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan yang berada di ranking ke-58 Fifa itu terlebih dahulu mencetak jaringan pada minit ke-16 hasil sumbangan pemain sayap, Akram Afif.

Memasukan babak kedua, Jordan yang berada di ranking ke-87 pula berhasil menyamakan kedudukan dengan penyerang, Yazan Al-Naimat meledak satu jaringan gol buat pasukannya.

BACA LAGI: Kehadiran saya untuk bantu, bentuk Arif Aiman — Paulo Josue

WhatsApp Image 2024-01-06 at 15.17.01

Yazan menjadi penjaring pertama buat Jordan dalam aksi menentang Qatar. — Facebook/JFA

Jordan menambah jaringan tambahan menerusi sepakan penalti yang disudahkan dengan cantik oleh Ali Olwan dan sekali gus mengesahkan kemenangan skuad The Chivalrous Ones.

Penyerang muda mereka, Yazan dikhuatiri akan menjadi duri dalam daging buat Harimau Malaya yang mana kelincahannya akan membawa masalah kepada bahagian pertahanan tanah air.

Dalam saingan Liga Divisyen Satu Qatar, pemain berusia 24 tahun itu menyumbang empat gol dan enam hantaran bantuan dalam 11 perlawanan dia diturunkan.

Pasukan bimbingan Hussein Ammouta itu akan bertemu Jepun sebagai aksi terakhir pemanas badan pada 9 Januari sebelum turun melawan Malaysia untuk perlawanan pertama Kumpulan E. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram