MANCHESTER United dilaporkan berminat untuk membawa masuk pemain sayap Real Sociedad, Takafusa Kubo menjelang jendela perpindahan pada Januari ini.
Difahamkan, inisiatif untuk membawa masuk tonggak dari Jepun itu adalah bagi menggantikan pemain sayap Jadon Sancho dan Antony yang sehingga kini masih kurang memberikan impak di bahagian serangan.
Sancho kini berdepan hukuman terbesar dalam kariernya di Manchester United selepas bergaduh dengan pengurus, Erik ten Hag.
Manakala, Antony pula yang dibawa masuk dari Ajax pada 2022 itu masih mengecewakan dalam memberikan sumbangan dengan musim ini tidak merekodkan sebarang jaringan dan hantaran bantuan pada musim ini.
Takefusa Kubo has developed at Real Madrid and Barcelona without making a competitive appearance for either, but he’s finally making waves at the professional level for Real Sociedad. What a talent. pic.twitter.com/4pQpDPETR8
— Zach Lowy (@ZachLowy) December 30, 2023
Memetik laporan dari OneFootball, pengganti yang berada dalam radar kelab ialah Kubo kerana menampilkan persembahan cemerlang dalam La Liga musim ini dan yang mempunyai klausa pelepasan hanya €60 juta (RM304.6 juta).
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara skil luar biasa, Arif Aiman Jepun kena tarik sampai baju nak terkoyak
Pemain antarabangsa Jepun berusia 22 tahun itu diramal akan mempunyai masa depan yang besar dan pastinya banyak kelab gergasi Eropah berebut mendapatkan khidmatnya.
Pemain yang pernah disamakan dengan bintang muda Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Hanapi kerana memiliki corak permainan yang sama akan tampil bersama Jepun untuk Piala Asia Qatar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram