TINDAKAN seorang penyerang membuka baju sebelum menyumbat masuk bola ke dalam gawang gol lawan mendapat perhatian pengguna media sosial baru-baru ini.
Dalam perlawanan itu, penyerang pasukan FC Samtredia, Tornike Akhvlediani menerima hantaran jauh daripada rakan sepasukan sebelum berjaya mengelecek penjaga gol lawan.
Berhasil melepasi perangkap ofsaid, prospek penyerang nasional Georgia mudah menewaskan penjaga gol yang meluru keluar untuk menangkap bola.
Namun gaya meraikan gol Akhvlediani yang membuka baju itu ternyata mencuri perhatian setiap penyokong yang hadir ke stadium.
SOMBONG AMAT!!!
Mencetak gol lalu membuka baju sudah biasa, tapi kalau buka baju baru cetak gol?
Mungkin kalian sudah pernah liat aksi Ross Barkley yang melakukan selebrasi sebelum mencetak gol ke gawang kosong. pic.twitter.com/WaYP6DX1xZ
— Regista (@registaco) November 29, 2023
Dengan jaringan Akhvlediani itu sekali gus menutup peluang pasukan lawan untuk kembali bangkit selepas ketinggalan 1-2 pada hujung babak permainan.
Untuk rekod, Akhvlediani baru menyertai FC Samtredia pada Julai lalu daripada Torpedo Kutaisi selepas tampil cemerlang bersama pasukan terdahulunya itu.
Musim ini, bekas pemain akademi kelab Sepanyol, CD Leganes itu telah menjaringkan lima gol dan satu bantuan jaringan (assist) dalam 21 penampilan terakhir.
Namun begitu, prestasi semasa FC Samtredia tidaklah boleh dibanggakan selepas mereka berada dalam zon penyingkiran liga dengan menduduki tangga kesembilan apabila merekodkan 20 kekalahan dalam 35 perlawanan terakhir. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram