Dakwa Malaysia dapat laluan mudah, TikTokers Indonesia teruk kena 'sekolah'


  • Podium
  • Sabtu, 25 Nov 2023

Malaysia menang dua perlawanan awal kelayakan Piala Dunia 2026 dan mendahului kumpulan D. — Facebook/FAM

PERJALANAN untuk ke Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 telah pun bermula apabila pusingan kedua kelayakan diadakan di serata benua Asia.

Malaysia turut tidak ketinggalan apabila memulakan kempen dengan cemerlang apabila berjaya menewaskan Republik Kyrgyz serta Chinese Taipei untuk mendahului kumpulan D.

Sementara bagi seteru utama kita iaitu Indonesia mengharungi detik kelayakan yang sukar. Skuad kendalian Shin Tae-yong hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan selepas dibelasah Iraq dan seri bertemu Filipina.

Melihat kesukaran yang dihadapi Sang Garuda, seorang penyokong Indonesia bangkit mempersoal kenapa Malaysia dapat laluan lebih mudah berbanding Indonesia?

Sebuah akaun penyokong Indonesia di TikTok iaitu sport_corner.id mempersoal Malaysia yang memperoleh laluan lebih mudah berbanding negaranya yang terpaksa berdepan Iraq, Vietnam dan Filipina.

"Nasib Indonesia dan Malaysia pada perlawanan pertama pusingan kelayakan berbeza. Saat Indonesia dibelasah 1-5 oleh Iraq, Malaysia berjaya menang ke atas Republik Kyrgyz."

"Tapi bila diperhati, kenapa lawan-lawan Malaysia semuanya mudah-mudah? Saat Indonesia perlu berdepan Iraq, Vietnam dan Filipina mereka cuma perlu menentang Oman, Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei," soal pemilik akaun tersebut.

Persoalan itu mendapat respons daripada penyokong Malaysia. Pada hemat mereka, penyokong Indonesia perlu salahkan diri sendiri kerana tidak membaiki ranking sebelum undian pusingan kelayakan diadakan.

Malah, sistem balang atau pot digunakan untuk menentukan pasukan yang perlu ditentang dan Malaysia berada di balang yang lebih baik berbanding Indonesia.

401384742_1045384256534810_8225694764526208433_n

Malaysia bangkit di Bukit Jalil untuk kalahkan Republik Kyrgyz 4-3. — Facebook/FAM

"Dia lupa kita nak masuk peringkat kumpulan pakai sistem balang. Sedar sikit yang Indonesia itu dalam balang 4 dan kena main pusingan pertama kelayakan," kata penyokong Malaysia bernama Che Wan.

"Memanglah kita dapat satu pasukan mudah. Sebab Malaysia dalam balang 3. Indonesia dapat tiga susah sebab mereka pasukan terakhir dalam kumpulan dia," komen Afiq Mahadhir.

"Padahal kumpulan mereka ini negara-negara Asean je kecuali Iraq. Takkan level Asean dah menggelabah?," soal Bebefinn.

Ada juga penyokong Malaysia yang mengecam tindakan Indonesia kerana berbangga dapat melakukan perlawanan persahabatan menentang Argentina.

Namun perlawanan itu nyata merugikan kerana merosakkan mata ranking Indonesia.

Iraq-Indonesia-1

Iraq mudah membelasah Indonesia 5-1. — AFC

"Sebab itu bila FAM kata nak tolak pelawaan main friendly dengan Brazil, mereka bahan. Padahal kita pilih strategi nak masuk dalam balang 3. Itulah bebal, bangga kalah 0-2 je dengan Argentina," kata Iqbal Nasir.

"Lain kali buat perlawanan persahabatan fokuskan untuk naik ranking, bukan lawan Argentina," ujar Hafiy Yahaya.

Sebenarnya tindakan FAM untuk menolak pelawaan bermain dengan Brazil adalah satu perkara bijak. Lebih baik menang 10-0 lawan Kepulauan Solomon dan naik ranking berbanding mendabik dada kerana Asnawi Mangkualam berjaya membentes Alejandro Garnacho. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram