[VIDEO] Jaringan roket Irfan Fazail bertaraf dunia, tapi ‘effort’ Kumaahran lebih memikat


  • Podium
  • Khamis, 23 Nov 2023

Barisan pemain Sabah FC meraikan kemenangan selepas membenam Kelantan FC dengan kemenangan besar 7-0. — Facebook/MFL

SEPERTI sudah dijangka, Sabah FC mudah meraih tiga mata penting selepas menewaskan Kelantan FC dengan keputusan 7-0 dalam perlawanan tertunda Liga Super 2023 di Stadium UiTM, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Dalam perlawanan tersebut, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan selepas Jafri Firdaus Chew berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25.

Malah, dua bekas pemain Kedah, Farhan Roslan dan Rizal Ghazali terus menambah luka pasukan Kelantan menerusi dua jaringan pada minit ke-29 dan minit ke-38 sebelum tamat separuh masa kedua.

Bersambung babak kedua, jaringan roket oleh Irfan Fazail pada minit ke-56 menambah duka pasukan Kelantan menjadikan kedudukan 4-0.

Selain Irfan, import Portugal, Telmo Castanheira, penyerang kelahiran Brazil, Ramon Machado dan S. Kumaahran antara pemain yang turut menambah koleksi gol Sang Badak sekali gus menjadikan kedudukan kekal 7-0 sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan.

Dalam pada itu, jaringan cantik yang dihasilkan oleh Irfan antara yang disebut-sebut oleh penyokong The Rhinos.

Sesiapa yang menyaksikan jaringan menakjubkan Irfan pasti terpukau.

Sambil menampan bola, Irfan kemudian ambil dua langkah sebelum meledakkan rembatan bagaikan roket yang sama sekali menewaskan penjaga gawang Kelantan, Muhammaad Irfan Haikal.

Ia adalah gol keempat daripada tujuh gol yang disumbat Sabah ke dalam gawang Kelantan dalam aksi itu.

Bagi Kelantan, kekalahan tujuh gol itu menyaksikan skuad Pantai Timur itu sudah bolos 102 gol dalam 23 aksi Liga Super, lapor Stadium Astro.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong The Rhinos memuji jaringan roket yang dihasilkan oleh Irfan kerana dilihat bertaraf dunia.

"Goal Irfan Fazail tetap jadi favourite, betul-betul padu. Tapi terhibur dengan gol Kumaahran, selepas beberapa kali percubaan baru gol." kata Atiqa Wahid.

"Gol keempat tu cantik, terbaik Irfan Fazail," kata Fred Alyenn.

"Irfan Fazail mantap, padu gol dia," kata Nazarizal Sarip Ali.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram