Alex pernah bocorkan gawang Man City, tapi belum cukup untuk tambat hati Rajagobal


  • Podium
  • Khamis, 23 Nov 2023

Nama Azamudddin pernah digugurkan dalam skuad kebangsaan ketika saingan Piala AFF Suzuki 2012. — Agensi

BEKAS penyerang skuad kebangsaan, Azamuddin Akil pernah menjaringkan gol sagu hati ketika skuad Harimau Malaya tewas 1-3 kepada juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City pada aksi persahabatan Jelajah Asia 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Skuad kebangsaan gagal menyekat serangan pasukan Manchester City yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih Manchester City, Roberto Mancini ketika itu.

Meskipun tewas, Harimau Malaya bagaimanapun berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan.

Alex

Azamuddin (kanan) ketika bersama Pahang. — Agensi

Bagaimanapun, beberapa bulan kemudian, bekas pemain Pahang itu pernah digugurkan daripada skuad kebangsaan daripada menyertai saingan Piala AFF Suzuki 2012.

Cuma, pemain berusia 38 tahun itu kembali menerima panggilan kecemasan daripada pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagopal untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zaquan Adha yang mengalami kecederaan lutut ketika seri 1-1 dengan Bangladesh dalam aksi persahabatan sebelum kempen Piala AFF Suzuki 2012 bermula.

Azamuddin atau mesra dengan panggilan Alex itu pernah berikrar untuk berusaha lebih keras agar memenangi tempat dalam skuad 22 pemain terakhir ketika itu.

Alex dilaporkan berkata, ramai yang memberi pendapat bahawa dia sesuai untuk mengisi posisi sebagai seorang penyerang berbanding winger.

Baginya pula, tersenarai dalam skuad utama adalah lebih penting daripada memikirkan posisi tersebut.

Bukan sahaja Azamuddin malah rakan sepasukannya, R. Gopinathan turut digugurkan skuad Piala AFF Suzuki 2012 selepas tiga kali tewas di tangan Vietnam, Thailand dan Hong Kong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram