SETIAP pemain bola sepak mempunyai pengalamat pahit sepanjang karier mereka dan episod hitam itu pasti masih segar dalam ingatan pemain berkenaan mahupun penyokong yang menyaksikan momen berkenaan.
Misalnya, bekas penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha yang pernah berkongsikan pengalamannya terlepas sepakan penalti ketika beraksi bersama bekas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 menentang Sri Pahang FC.
Selepas kegagalan pemain yang mesra dengan sapaan Matyo itu dalam sepakan penalti untuk Harimau Selatan, ramai pemain seperjuangannya turut tampil membela Norshahrul dan menganggap ia adalah pengajaran terbaik untuk penyerang berkenaan.
Antara yang tampil membela Norshahrul ialah bekas penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat dan ketika itu dia optimis bahawa rakan sepasukannya akan tampil lebih baik pada Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2014.
Difahamkan, selepas momen sukar dalam kariernya itu, Norshahrul bersetuju bersatu semula dengan mendiang B. Satiananthan di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada musim 2015 selepas hanya memainkan peranan kecil untuk Johor Darul Takzim (JDT) pada 2014.
Apek dan Norshahrul pernah menjadi rakan sepasukan ketika bersama Kelantan pada musim 2012. — Agensi
“Norshahrul akan kembali pada tahap terbaik sepanjang kejohanan... begitu juga dengan kami yang lain.
"Penyerang kami (Norshahrul) bukan pemain permulaan biasa dalam Liga M (Liga Malaysia) tetapi saya percaya mereka akan datang dengan baik,” kata Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apek memetik laporan pada sembilan tahun lalu.
Pada Jun lalu, Norshahrul menceritakan pengalamannya itu, penyerang veteran berkaliber tersebut mendedahkan bahawa kebiasaannya jurulatih pasukan akan memberi peluang kepada mana-mana pemain yang mempunyai keyakinan tinggi untuk mengambil sepakan penalti.
"Coach akan tanya, siapa yang confident, pergi ambil. Masa 2014 itu, ada senior dua tiga orang yang sudah angkat tangan tidak berani untuk ambil sepakan penalti.
"Saya masuk sebagai pemain gantian, extra time. Masa itu minit permainan kurang kerana ada Luciano Figueroa bermain sebagai striker, jadi saya sebagai simpanan.
"Jadi saya masuk sebagai pemain gantian, confident level tak 100 peratus tapi saya beranikan diri untuk ambil sepakan penalti, tanggungjawab untuk pasukan JDT walaupun gol yang keempat itu gagal disempurnakan oleh saya," kongsinya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram