[VIDEO] ‘Apa berlaku saya bertanggungjawab’, momen TMJ peluk Aysar bukti susah senang JDT


  • Podium
  • Ahad, 19 Nov 2023

Momen ketika TMJ memeluk Aysar Hadi dalam satu majlis bersama beliau dan barisan pemain JDT II. — Instagram/TMJ

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris sememangnya dikenali sebagai pemilik yang tidak henti-henti membawa perubahan positif kepada Johor Darul Takzim (JDT) sehingga kini Harimau Selatan menjadi antara pasukan terbaik di peringkat Asia.

Selain daripada cemerlang menambah baik Harimau Selatan dari segi fasiliti mahupun kualiti permainan, Tunku Ismail juga dikenali sebagai seorang pemilik pasukan yang mengambil berat dan menjaga kebajikan barisan pemain serta kejurulatihan JDT.

Antara momen bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunjukkan keprihatinannya kepada pemain ialah ketika Tunku Ismail melawat penjaga gol kelab itu, Farizal Marlias di hospital berikutan perlanggaran yang berlaku ketika perlawanan dengan Terengganu FC pada musim lepas.

Terbaharu, sikap tanggungjawab sebagai pemilik pasukan Tunku Ismail sekali lagi meraih perhatian apabila beliau dilihat memeluk pemain JDT II, Ahmad Asyar Hadi Mohd Shapri yang sebelum ini dikecam menjadi punca kekalahan di tangan Terengganu FC (TFC) II pada final Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ramai penyokong menuding jari kepadanya selepas jaringan pada babak akhir dari pemain gantian skuad Penyu, Muhd Isa Raman berpunca daripada kelekaan Aysar Hadi yang gagal menampan kemas bola hantaran penjaga gol, Zulhilmi Sharani.

Oleh itu, momen Tunku Ismail memeluk pemain 20 tahun berkenaan yang difahamkan dalam satu majlis bersama beliau dan barisan pemain JDT II tersebut membuatkan ramai penyokong Harimau Selatan mengimbau kembali pesanan daripada pemilik JDT itu pada musim 2021.

“Saya berjanji susah senang, kalah menang ataupun tiada piala saya bersama-sama kelab JDT ini, ‘never leave a man behind’

“Kita Johor, jangan terikut budaya tuding jari. Apa-apa berlaku saya bertanggungjawab,” katanya menerusi ciapan di laman sosial Instagram pada dua tahun lalu.

WhatsApp Image 2023-11-19 at 11.14.20

TMJ juga memuat naik semula Insta Story daripada penyokong JDT mengenai pesanannya itu.

Pesanan tersebut pada awalnya dituju kepada sikap ‘lalang’ segelintir penyokong yang tidak setia terutama di saat sukar ketika musim 2021 selepas JDT tewas di tangan TFC dam diikat 1-1 oleh Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super musim berkenaan.

Ketika itu, juara Liga Super 10 kali berturut-turut tersebut diserang’ dengan pelbagai kritikan termasuk desakan untuk memecat ketua jurulatihnya, Benjamin Mora.

Gambar berkenaan jelas menunjukkan bahawa Tunku Ismail sebagai pemilik Harimau Selatan pun tidak meletakkan kegagalan merangkul trofi sulung Piala MFL itu kepada pemain tengah itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram