TERENGGANU FC (TFC) terus mengorak langkah positif dalam kejohanan Piala AFC selepas bangkit menewaskan Stallion Laguna 3-2 di hadapan penyokong pihak lawan pada 8 November lalu.
Pada perlawanan itu, Ivan Mamut dan Sony Norde berjaya meledak dua gol selepas pemain lawan menyumbangkan jaringan melalui 'own goal' selepas tertanduk bola masuk ke gawang sendiri.
Kemenangan itu sekali gus berjaya memberikan tiga mata berharga buat TFC untuk kekal bersaing dalam Piala AFC dengan berada di kedudukan kedua Kumpulan G.
Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu kini mengutip lapan mata di kedudukan kedua selepas merekodkan dua kemenangan dan seri dalam empat perlawanan terakhir.
Habib (kanan) memakai kasut bola jenis 'artificial ground' ketika menentang Stallion Laguna pada 8 November lalu. — Facebook/TFC
Dalam kegembiraan penyokong Terengganu menyambut kemenangan tersebut, pastinya rata-rata pemain ke-12 tidak sedar dengan but yang dipakai oleh kapten pasukan, Habib Haroon ketika perlawanan itu.
Jika diperhatikan kasut Habib dalam perlawanan itu bukanlah but bola yang biasa dipakai olehnya tetapi ia adalah kasut hoki ataupun kasut 'astrograss'.
Kasut bola jenis 'artificial ground' biasanya mempunyai banyak studs pendek dan tebal untuk memberi cengkaman tambahan ketika beraksi di atas padang tiruan.
Memandangkan Stadium Bola Sepak Binan, Filipina menggunakan rumput tiruan, ia merupakan satu tindakan bijak oleh Habib Haroon untuk menyesuaikan keadaan padang dengan cepat.
Selepas ini, TFC akan terbang ke Sabah sebelum mendarat di Central Coast, Australia untuk berhadapan cabaran juara kumpulan, Central Coast Mariners FC pada 29 November nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram