Stuart Wilkin tak tergugat kehadiran Afiq Fazail dalam HM


  • Podium
  • Isnin, 13 Nov 2023

Afiq kembali mendapat panggilan Harimau Malaya selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Johor Darul Takzim. — Facebook/FAM

PEMAIN tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin, tidak anggap dirinya tergugat dengan kehadiran Afiq Fazail di kem latihan pusat skuad kebangsaan kali ini, walaupun peluang untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama bertambah sengit.

Sebaliknya, perancang tengah Sabah itu berasakan Afiq mampu memberikan nilai tambah dan pilihan kepada pasukan ketika bertemu Kygyrzstan di Bukit Jalil Khamis ini, lapor Stadium Astro.

"Sememangnya Afiq seorang pemain yang cukup berkualiti setiap kali turun beraksi bersama kelab atau di peringkat antarabangsa.

"Terdapat enam pemain tengah dalam kem latihan dan kami akan saling memberikan yang terbaik, berusaha untuk menampilkan prestasi yang berkualiti untuk mengisi kesebelasan utama Harimau Malaya," kata Stuart menerusi Nadi Arena.

Afiq bersama Mohamadou Sumareh, Syahmi Safari, Shahrul Saad dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman menjadi antara lima pemain baharu yang dipanggil Pan-gon berbanding skuad Pestabola Merdeka 2023 bulan lalu.

Harimau Malaya memulakan saingan Kumpulan D menentang Kyrgyzstan, Khamis ini sebelum terbang ke Taipei untuk aksi kedua berdepan Taiwan pada 21 November depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram