BARU-BARU ini, heboh di media sosial apabila salah seorang pemain Afrika Selatan mengasari pemain lawan yang menjadi bualan hangat.
Itu yang berlaku kepada bekas penyerang Afrika Selatan, Bernard Parker apabila diterjah keras pemain tengah Mamelodi Sundowns, Bongani Zungu.
Kejadian itu berlaku ketika pasukan Sundowns berdepan TS Galaxy untuk aksi pusingan pertama Carling Knockout Cup.
Terjahan keras yang dilakukan Zungu mengakibatkan bekas penyerang Kaizer Chiefs itu mengalami kecederaan patah kaki dan terpaksa diusung keluar.
Susulan insiden itu, bekas pemain Glasgow Rangers itu kemudiannya dilayangkan kad merah oleh pengadil.
Walaupun sudah dilayangkan kad merah, Zungu masih tidak mengakui kesalahannya itu sebelum diarah meninggalkan padang.
Dalam perlawanan tersebut, pasukan Sundowns yang juga dikenali dengan nama Bafana BA Style tewas 4-5 di tangan TS Galaxy menerusi sepakan penalti selepas seri 2-2 untuk 120 minit aksi permainan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram