PENYERANG tempatan Johor Darul Takzim (JDT), Syafiq Ahmad membuktikan bahawa ketajaman di hadapan gawang masih berbisa apabila membantu Harimau Selatan menang 8-1 ke atas Perak FC dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Khamis.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu dimasukkan oleh ketua jurulatih, Tano Solari pada babak kedua untuk menggantikan Fernando Forestieri dan Syafiq jelas tidak mensia-siakan peluangnya apabila dia mencetak dua gol peribadi pada perlawanan itu.
Syafiq yang kini berusia 28 tahun itu ameledak dua gol masing-masing pada minit ke-62 dan 78 dan sekali gus membantu JDT mengesahkan kemenangan untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia bagi dua musim berturut-turut.
Sumbangan bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC itu dalam perlawanan tersebut seakan-akan ‘wake up call’ untuk ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memanggilnya semula memperkuatkan Harimau Malaya.
Syafiq tanpa berselindung jelas berharap untuk menyarung jersi Harimau Malaya, namun pemain itu meletakkan keputusan tersebut di tangan Pan-gon sama ada masih ingin menggunakan khidmatnya ataupun sebaliknya.
Penyerang Johor DT, Syafiq Ahmad akui masih menyimpan hasrat untuk kembali sarung jersi skuad kebangsaan.
More on Nadi Arena 7 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/0S3kgDVJFZ
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) November 3, 2023
“Bagi saya macam saya cakap, skuad kebangsaan penting sebab kita ada perlawanan kelayakan dan Piala Asia selepas ini.
“Saya ingin membantu pasukan kebangsaan tapi terpulang kepada jurulatih (Pan-gon) untuk menilai diri dan setiap pemain,” kata memetik video dimuat naik wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada memberi pesanan kepada ketua jurulatih pasukan negara untuk memanggil Syafiq dan Syahmi Safari.
“Saya ingin pesan kepada Pan-gon jangan lupa kepada Syafiq dan Syahmi. Dua pemain ini patut ada di pertahanan kanan untuk cover Matthew Davies dan Syafiq sebagai penyerang.
“Kalau nak kata minit perlawanan, Akhyar Rashid kurang minit perlawanan sebab tempat dia di JDT adalah Fernando Forestieri, tetapi apabila main bersama Harimau Malaya, dia menyerlah dan jaringkan gol,” kata TMJ dalam program bual bicara Astro Arena, Nindia Bola.
TMJ dalam program itu menyifatkan bahawa Syafiq merupakan seorang pemain yang akan memberikan segalanya buat pasukan yang diwakilinya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram