Bojan Hodak pernah label pemain JDT main macam budak sekolah, tapi faham apa yang Matyo rasa


  • Podium
  • Jumaat, 03 Nov 2023

Reaksi kecewa Bojan Hodak selepas JDT gagal mendakap trofi Piala Malaysia 2014. — Agensi

JOHOR Darul Takzim (JDT) kekal unggul di persada Liga Super musim 2023 apabila merangkul kejuaraan buat kali ke-10 berturut-turut, selain memenangi Piala FA 2023 dan selangkah lagi mendakap trofi Piala Malaysia untuk melengkapkan treble kedua mereka.

Namun sebelum Harimau Selatan berhasil mencipta nama di peringkat domestik dengan merangkul pelbagai trofi dan melayakkan pasukan ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), pasukan Selatan tanah air itu juga pernah mengharungi episod-episod hitam.

Seperti sebelum ini, barisan pemain The Southern Tigers pernah dilabel beraksi seperti budak sekolah sehingga menyebabkan kekalahan di tangan pasukan Pahang dalam saingan akhir Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Teguran tersebut dilontar oleh pengendali Harimau Selatan ketika itu, Bojan Hodak yang cukup kecewa anak-anak buahnya tewas dengan pasukan lawan yang beraksi dengan 10 pemain ketika itu.

Pahang yang menewaskan JDT 5-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat 2-2 selepas habis waktu sebenar permainan itu membuatkan Hodak tanpa berselindung menyalahkan pemainnya yang mudah hilang fokus.

WhatsApp Image 2023-11-03 at 13.05.13

Norshahrul atau Mat Yo menangis selepas kekalahan JDT. — Agensi

“Separuh daripada pasukan menonton bola. Kesilapan seperti ini hanya berlaku dalam liga junior. Kita tidak boleh menyalahkan Norshahrul (Idlan Talaha) kerana kegagalan sepakan penaltinya.

“Dia sama-sama kecewa tetapi kita harus teruskan. Kami melakukan segala-galanya dengan betul tetapi hanya malang.

“Kami memiliki peluang keemasan sebanyak dua kali dan sepatutnya boleh menamatkan musim dengan lebih baik dengan menjulang piala. Kami berbangga dengan musim kami dan kami kini akan menantikan musim depan.

"Kami berada dalam playoff Liga Juara-Juara AFC jadi kami perlu mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian dengan cepat,” kataya memetik laporan media pada 2014.

Jurulatih Pahang ketika itu, Datuk Zainal Abidin Hassan pula memuji semangat juang pemainnya selepas mereka berjaya mengekalkan mahkota kejuaraan Piala Malaysia.

Zainal berkata, beliau terkejut dengan kad merah yang dilayangkan kepada bek kanan Pahang ketika itu, Mohd Saiful Nizam Miswan tetapi lega keputusannya menggantikan penyerang Matias Conti dengan pemain pertahanan Zesh Rehman membuahkan hasil sekali gus mengecewakan JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram