Apa itu lacrosse? Kenali 5 sukan baharu bakal dipertandingkan di Sukan Olimpik 2028


  • Podium
  • Rabu, 18 Okt 2023

Lacrosse bakal dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik pada 2028. — Agensi

SUKAN Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat akan menjadi sebuah temasya yang menarik untuk disaksikan.

Hal ini kerana, terdapat lima sukan baharu yang akan mula dipertandingkan pada temasya tersebut dengan tumpuan Malaysia pastinya akan terarah kepada skuasy.

Skuasy dilihat akan menjadi peluang baharu untuk Malaysia mendapatkan pingat emas. Selain daripada itu, terdapat empat sukan lain yang menarik akan dipertandingkan sama ada buat pertama kali atau kemunculan semula setelah sekian lama menyepi.

Majoriti akan memberikan penerangan secara ringkas lima sukan tersebut iaitu skuasy, bola lisut/sofbol, flag football, kriket T20 dan juga lacrosse.

1. Skuasy

Sukan ini bukanlah sesuatu yang asing dalam negara kita. Sebelum ini, kita mempunyai ratu yang menguasai sukan ini di peringkat dunia iaitu Datuk Nicol David.

Skuasy merupakan salah satu daripada acara raket yang dipertandingkan selain daripada tenis dan juga badminton. Ini merupakan kali pertama ia dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.

Permainan ini dimainkan dengan peraturan lima set, bermakna seorang pemain perlu mendapatkan tiga set untuk memenangi perlawanan. Pemain perlu mendapatkan 11 mata untuk memenangi satu set.

20200518112202_Nicol-David

Nicol David antara penyumbang kepada tersenarainya skuasy di Sukan Olimpik. — Agensi

Ketika bermain, pemain akan berbalas pukulan dengan bola dihala ke bahagian dinding. Pukul tersebut akan dilakukan oleh pemain untuk menyukarkan pihak lawan membalasnya.

Dalam sukan ini, Mesir merupakan pelopor dengan Ali Farag dan Nour El Sherbini mendahului ranking pemain lelaki dan wanita dunia.

Selain Mesir, England, Australia dan Amerika Syarikat juga merupakan pelopor sukan ini.

2. Bola lisut/sofbol

Bola lisut/softbol merupakan sukan yang kembali membuat kemunculan di Sukan Olimpik selepas kali terakhir dipertandingkan pada edisi 2020 di Tokyo, Jepun.

Tidak dipertandingkan pada temasya di Paris, Perancis pada 2024, sukan ini kembali untuk edisi 2028.

b1bdc2ca-7c08-90f3-5220-1f2071268057

Bola lisut lebih sinonim dengan lelaki manakala sofbol sering dikaitkan bersama wanita. — Agensi

Dalam sejarah sukan ini di Sukan Olimpik, bola lisut atau baseball hanya dimainkan dalam kategori lelaki sementara sofbol untuk wanita sahaja.

Perbezaan dua sukan ini adalah dari segi saiz padang dan juga peraturan digunakan. Sebagai contoh, sofbol membenarkan balingan bola dilakukan secara underarm sahaja.

Dalam bola lisut, Jepun, Amerika Syarikat dan Mexico adalah pelopornya. Sementara dalam sofbol pula, Amerika Syarikat, Jepun dan Puerto Rico merupakan jaguhnya.

3. Flag football

Flag football merupakan sukan yang asing di negara kita. Tetapi ia amat dikenali di benua Amerika Utara.

Pertama kali dipertandingkan dalam sejarah Sukan Olimpik, flag football merupakan variasi kepada American football yang terkenal dengan siri National Football League (NFL).

AFC defensive end Maxx Crosby (98) of the Las Vegas Raiders reaches for the flag of NFC quarterback Kirk Cousins (8) of the Minnesota Vikings during the flag football event at the NFL Pro Bowl, Sunday, Feb. 5, 2023, in Las Vegas. (AP Photo/David Becker)

Flag football merupakan salah satu daripada variasi American football — Agensi

Perbezaan ketara antara flag football dengan American football adalah sukan ini dimainkan tanpa sentuhan fizikal.

Untuk merampas bola, seseorang pemain perlu mencabut bendera yang dipasang pada bahagian pinggang pemain lawan. Apabila bendera dicabut, wisel akan ditiupkan dan permainan akan dihentikan.

Sukan ini didominasi oleh Amerika Syarikat sambil Mexico, Austria dan Panama adalah pencabar terdekat.

4. Kriket T20

Sama seperti flag football, kriket T20 merupakan cabang kepada permainan kriket itu sendiri. Menurut rekod, acara kriket sudah dimainkan di Sukan Olimpik sejak dari edisi 1900 di Paris, Perancis.

Berbeza dengan kriket tradisional, kriket T20 dianggap sebagai cabang sukan tersebut yang pantas boleh dihabiskan satu-satu perlawanan.

Lazimnya, permainan kriket boleh mengambil masa berhari-hari untuk ditamatkan tetapi bagi kriket T20, ia memerlukan tiga jam sahaja.

Cricket - Second T20I - South Africa vs Australia - Kingsmead Cricket Ground, Durban, South Africa - September 3, 2023 Australia's Travis Head in action REUTERS/Rogan Ward

Format kriket T20 diperkenalkan pada tahun 2003. — Agensi

Dalam format ini, setiap pasukan akan memukul 120 bola dalam 20 overs dalam sebuah perlawanan yang tidak terganggu dengan hujan.

Jika ia terganggu dengan hujan, kemungkinan jumlah pukulan bola itu akan berkurang kerana perlawanan harus dihabiskan dalam masa 3 jam.

Bangladesh, India, New Zealand dan Pakistan antara negara pelopor dalam sukan ini.

5. Lacrosse

Pernah dimainkan buat pertama kali pada Sukan Olimpik 1904 di St. Louis di Amerika Syarikat, lacrosse pada Sukan Olimpik 2028 dimainkan dengan format sixes.

lacrosse

Lacrosse menyerupai sukan hoki kerana pemain perlu membawa bola menggunakan batang berjaring sahaja. — Agensi

Hampir menyamai hoki, peraturan lacrosse menyaksikan pemain perlu membawa bola getah di dalam batang berjaring (menyerupai kayu hoki) dan perlu dimasukkan di dalam gol.

Setiap pemain hanya boleh membawa, menghantar bola dan melakukan percubaan dengan menggunakan batang berjaring itu sahaja. Hanya penjaga gol yang boleh memegang bola menggunakan batang jaring atau tangan.

Kanada, Amerika Syarikat dan Jepun antara pelopor sukan ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram