[VIDEO] Faisal Halim janji mahu tunai permintaan Akhyar di final Pestabola Merdeka


  • Podium
  • Isnin, 16 Okt 2023

Akhyar (kanan) dan Faisal (kiri) antara pemain utama Pan-gon sejak dia mengambil alih skuad kebangsaan pada tahun lalu. — Facebook/FAM

HARIMAU Malaya tinggal selangkah untuk merebut kejuaraan Pestabola Merdeka 2023 dengan misi terakhir adalah untuk menumpaskan pasukan di ranking ke-110 dunia, Tajikistan pada Selasa ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pada aksi pembukaan kejohanan berkenaan, skuad kebangsaan tanah air membuat kejutan dengan menewaskan pasukan di ranking lebih tinggi iaitu India dengan keputusan 4-2 pada Jumaat lalu untuk mara ke final Pestabola Merdeka edisi ke-42 itu.

Dalam aksi penuh kontroversi dengan isu padang baharu SNBJ itu, jaringan gol dari Dion Cools, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Corbin-Ong menjadikan perlawanan berkenaan bertambah menarik untuk disaksikan oleh lebih 43,000 penyokong yang hadir.

Selain ingin merangkul trofi Pestabola Merdeka, pertemuan menentang Tajikistan ini juga dianggap sebagai misi membalas dendam apabila Harimau Malaya pernah dimalukan 0-3 melalui sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan pada final Piala Raja Thai di Chiang Mai, Thailand pada tahun lalu.

WhatsApp Image 2023-10-16 at 13.24.36

Komen dari Akhyar dan Faisal.

Ingin menang di laman sendiri dan misi membalas dendam pastinya membuatkan setiap daripada 24 tonggak itu memasang impian untuk menjadi kesebelasan utama ataupun sekurang-kurangnya diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan berkenaan.

Bagi penyerang sayap kebangsaan Akhyar Rashid, selain ingin menjadi pilihan Pan-gon, pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu juga berhasrat untuk menjaringkan sekurang-kurangnya satu jaringan gol di pentas final Pestabola Merdeka 2023.

Impiannya itu diluahkan menerusi laman Instagram apabila dia memuatnaik komen di hantaran Faisal Halim dengan meminta rakan sepasukannnya itu untuk membuat satu hantaran bantuan kepadanya nanti.

Faisal tanpa ragu-ragu turut membalas di ruangan komen tersebut dengan menulis ‘final’ yang seakan-akan membawa maksud akan berusaha untuk menunaikan permintaan pemain berusia 24 tahun itu di pentas final Pestabola Merdeka menentang Tajikistan pada Selasa ini.

Jaringan Akhyar ketika menentang Syria.

Akhyar merupakan antara tonggak penting di bahagian serangan dalam era Pan-gon ini apabila sudah menjaringkan tiga gol dan mencipta dua hanarna bantuan sepanjang menyarung jersi Harimau Malaya untuk tahun ini.

Kali terakhir pemain sayap kiri itu meledak jaringan adalah ketika perlawanan persahabatan menentang Syria, yang mana jaringannya membantu Harimau Malaya merekodkan keputusan seri dengan pasukan berada di ranking ke-93 dunia itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram