SELEPAS hampir empat bulan menanti jalan penyelesaian untuk beraksi di Liga Malaysia (Liga M) bersama Kelantan FC, Alie Sesay nekad melupakan niat mencari rezeki di tanah air dan bertukar angin baharu dengan beraksi di saingan Liga Vietnam.
Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan skuad The Red Warriors (TRW) difahamkan masih tidak boleh mendaftarkan empat pemain import yang baharu ditandagani mereka pada jendela perpindahan Julai lalu.
Menurut badan induk bola sepak negara itu, rayuan kali pertama yang dikemukakan FAM untuk pendaftaran tonggak import baharu Kelantan ditolak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Bagi rayuan kedua pula, pihak FAM masih belum menerima apa-apa jawapan berhubung isu tersebut dan disebabkan itu, empat pemain baharu iaitu Ahmed Magdy, Aliakbar Ahmadi, Dennis Buschening dan Sesay tidak dapat lagi beraksi untuk TRW.
Oleh itu, tidak hairanlah jika wajah bekas bintang kelab England, Leicester City tersebut dilihat terpapar sebagai pemain baharu kelab Khanh Hoa FC pada poster hantaran pasukan berkenaan yang dimuatnaik pada Sabtu lalu.
Hantaran yang dimuat naik oleh Khanh Hoa.
Masalah dalaman Kelantan sememangnya kelab Pantai Timur itu dan menguntungkan Khanh Hoa berikutan kebolehan Sesay sebagai bek tengah mampu membantu menyelesaikan masalah pertahanan di pasukan berkenaan terutamanya selepas mereka baru sahaja mengalami musim yang buruk bagi saingan 2023.
Pada musim 2023, pasukan dengan jolokan The Blue Swift itu berada dalam kelompok enam terbawah dan pastinya ingin memulakan 2023/24 dengan wajah baharu apabila mengambil inisiatif membawa sembilan pemain baharu termasuk Sesay.
Insiatif diambil pemain berusia 29 tahun dengan beraksi bersama kelab Liga 1 Vietnam tersebut dianggap satu langkah bijak untuk melarikan diri daripada Kelantan yang masih tidak menjamin masa depannya.
Sehingga kini, pemiliknya TRW, Norizam Tukiman ataupun lebih dikenali sebagai Zamsaham juga seakan-akan hilang daripada memberitahu perkembangan ataupun menyelesaikan masalah pendaftaran tersebut.
Untuk rekod, Sesay beraksi untuk Leicester City antara tahun 2012 hingga 2016 dan dia juga pernah bermain untuk beberapa kelab di England seperti Colchester United, Cambridge United dan Barnet. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram