PASUKAN Arab Saudi, Al-Nassr berhasil bangkit daripada ketinggalan dan berhasil menundukkan Istiklol dari Tajikistan 3-1 di Riyadh dalam saingan aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Selasa.
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo berjaya mencipta gol pertamanya dalam saingan tertinggi Asia itu dan sekali gus mengekalkan kedudukan terbaik Al-Nassr dalam Kumpulan E.
Senin Sebai menjaringkan gol untuk Istikhol sebelum babak pertama akhir untuk meletakkan kelab dari Dushanbe itu di depan namun Ronaldo menyamakan kedudukan dengan penyudah yang bijak pada minit ke-66.
Anderson Talisca membantu pasukan Arab Saudi di depan enam minit kemudian dan pemain Brazil itu meletakkan kelabnya di hadapan ketika berbaki 13 minit apabila dia merembat rembatan rendah ke penjuru gol lawan.
Kemenangan itu adalah yang kedua berturut-turut Al-Nassr dalam saingan peringkat kumpulan dan meletakkan pasukan kendalian Luis Castro itu dengan kelebihan tiga mata di puncak Kumpulan E.
Namun di sebalik perlawanan sengit itu, muncul seorang figura yang mencuri tumpuan penyokong bola sepak tanah air dan diam-diam individu itu membawa nama Malaysia ke pentas dunia.
Individu berkenaan ialah Abang Zulkarnain Abang Abdul iaitu yang mana dia diberi kepercayaan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadi pesuruhjaya perlawanan bagi aksi Al-Nassr menentang Istiklol.
Nama Abang Zulkarnain kelihatan pada senarai kesebelasan utama perlawanan tersebut.
Abang Zulkarnain atau dikenali sebagai Abang Zul adalah dipilih sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi penggal 2023-2025 bagi menggantikan Datuk Posa Majais.
Bekas Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menang tanpa bertanding selepas mendapat sokongan majoriti 12 ahli gabungan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM FAS 2023-2025).
Untuk rekod, anak jati Sarawak yang kini berusia 57 tahun itu memulakan kerjaya sebagai setiausaha eksekutif FAS pada tahun 1988.
Selepas itu, beliau menyertai FAM pada tahun 2013 dan menjawat pelbagai jawatan sebelum meletak jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung merangkap Pengarah Jabatan Pertandingan FAM pada tahun 2022 atas alasan peribadi.
Sebelum ini, pengadil bola sepak profesional negara, Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama pembantu Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid membuat sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama yang mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24, menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).
Momen tersebut tercipta ketika mengadili perlawanan di antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram