BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mencuri perhatian apabila muncul dalam video baharu yang dikeluarkan pasukannya, Al-Nassr dengan memakai memakai pakaian tradisional Arab Saudi.
Ronaldo yang sudah berusia 38 tahun itu hanya berpindah ke Arab Saudi pada Disember tahun lalu tetapi dilihat mudah berasimilasi dengan budaya Timur Tengah dalam tempoh singkat.
Penyerang yang mempunyai tujuh gol daripada lima perlawanan pembukaannya musim Liga Pro Saudi dan memenangi Kasut Emas ketika pasukannya merangkul Piala Juara Kelab Arab itu mengenakan jubah dan serban dalam sebuah video tersebut.
Penyerang prolifik Portugal itu dilihat seperti 'Pak Sheikh Arab' di video tersebut yang mana ketua pasukan Al-Nassr itu turut memegang sebilah pedang yang cukup sinonim dengan pahlawan Arab.
#WATCH: @X users in #SaudiArabia are loving @Cristiano #Ronaldo and his @AlNassrFC_EN teammates getting involved with #SaudiNationalDay2023 by donning traditional #Saudi dress in a promotional video #WhyRiyadh https://t.co/5oYrepp3Y6 pic.twitter.com/7nuagwdGWy
— Arab News | Sport (@ArabNewsSport) September 22, 2023
Selain Ronaldo, rakan sepasukannya seperti bekas pemain Liverpool, Sadio Mane dan Talisca juga muncul dalam pakaian tradisional Arab Saudi sambil menari-menari dalam video berkenaan yang diiringi paluan gendang Arab.
Klip yang disiarkan ke akaun media sosial Al-Nassr juga memaparkan tiga kanak-kanak berjalan di seluruh stadium kelab dan melihat beberapa bintang tersebut dalam aktiviti tradisional mereka.
Kapsyen video itu di Twitter, ialah 'Semua bersama. Untuk satu bendera. Kami Impian, dan capai' dengan beberapa emoji mengikutinya.
Dengan Hari Kebangsaan Saudi pada Sabtu, kemungkinan besar video itu dikaitkan dengan perayaan yang akan berlangsung pada hujung minggu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram