Rekod 598 'foul' dalam Liga Super, Sabah FC antara 2 pasukan paling nakal setakat ini


  • Podium
  • Khamis, 21 Sep 2023

Perak dan Sabah merupakan antara pasukan yang mencatatkan kesalahan tertinggi dalam Liga Super setakat ini.

KEKASARAN dan kesalahan merupakan perkara biasa dalam bola sepak sehingga boleh menimbulkan pergaduhan di antara pemain kerana gagal mengawal perasaan amarah apabila dikasari.

Dari Liga Super hingga ke peringkat amatur insiden kekasaran ini tidak boleh dibendung jika pemain-pemain masih lagi gagal mengawal perasaan.

Baru-baru ini, seorang pemain mengalami kecederaan serius di buku lalinya akibat di terjah yang mana mengakibatkan pergelangan kaki 'mangsa' koyak sehingga kelihatan tulangnya.

Kembali ke Liga Malaysia (Liga M), pastinya anda tertanya-tanya pasukan manakah yang paling banyak terlibat dengan kesalahan Liga Super setakat ini.

Majoriti senaraikan dua pasukan paling banyak melakukan 'foul' sepanjang 22 perlawanan Liga Super dan jika digabungkan jumlahnya adalah sebanyak 598 kesalahan:

KOTA KINABALU, 15 Julai -- Pemain Sabah FC,  Park Taesu meraikan jaringannya dalam saingan Liga Super Sabah FC menentang Johor Darul Ta’zim JDT dalam saingan Liga Super di Stadium Likas hari ini.Keputusan Sabah FC 1- 2 JDT._fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tae-su antara pemain Sabah paling tinggi melakukan kesalahan atas padang.

1. Sabah FC

Sabah FC kini dalam tumpuan penuh untuk menghadapi perlawanan pertama Piala AFC 2023 menentang kelab Singapura, Hougang United FC di hadapan penyokong sendiri pada Khamis.

Menurut statistik Sang Badak musim ini, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee telah melakukan 302 kesalahan dan mendapatkan 50 kad kuning dalam 22 perlawanan Liga Super.

Namun positifnya, Sabah tidak merekodkan sebarang kutipan kad merah dan menjadi antara lima pasukan yang tidak pernah dilayangkan kad itu.

Park Tae-su dan Gabriel Peres menjadi antara dua pemain yang banyak melakukan kesalahan iaitu 79 kekasaran jika jumlah mereka digabungkan.

Tae-su juga mengutip lima kad kuning dalam 21 perlawanan, manakala Gabriel hanya merekodkan tiga kad kuning dalam 20 aksi terakhir.

Afolabi

Afolabi merekodkan 30 kesalahan dan mengutip enam kad kuning serta satu kad merah.

2. Perak FC

Sejak diambil alih oleh Yusri Che Lah, prestasi pasukan Perak dilihat semakin ada kemajuan apabila berjaya menendang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam Piala Malaysia seawal pusingan pertama kejohanan itu.

Meskipun begitu rekod kekasaran yang dicatatkan dalam Liga Super tidak boleh berubah apabila The Bos Gaurus menghasilkan 296 kesalahan dalam 21 perlawanan terakhir.

Walaupun hanya beraksi dalam 14 perlawanan, Sunday Afolabi merekodkan 30 kesalahan dan mengutip enam kad kuning serta satu kad merah.

Manakala, pemain tengah Perak, Muhammad Fadhil Idris pula menjadi pemain kedua The Bos Gaurus yang merekodkan kesalahan tertinggi iaitu 28 'foul' serta dua kad kuning dalam 14 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram