Trio bek kental HM pilihan fans hadapi cabaran getir Syria, China


  • Podium
  • Ahad, 03 Sep 2023

Sebahagian aksi sesi latihan pasukan kebangsaan sebelum terbang ke Chengdu, China pada Isnin. — ​​​​​​​Facebook/FAM

HARIMAU Malaya kini sedang sibuk mengadakan persiapan untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China pada 6 dan 9 September.

Pelawanan yang berlangsung di Chengdu, China itu bakal menyaksikan skuad kebangsaan akan berdepan dengan pasukan yang berada dalam kelompok 100 pasukan terbaik berbanding Malaysia di tangga ke-136 dunia.

Dua perlawanan antarabangsa kali ini adalah sebagai persiapan bagi menghadapi Piala Asia di Qatar awal tahun depan selepas diundi berdepan Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

WhatsApp Image 2023-09-02 at 22.36.55

Dion Cools antara nama yang disebut bakal mengisi posisi pertahana skuad negara. — Facebook/FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa seramai 26 pemain dipanggil Ketua Jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM dengan nama-nama hebat antaranya Arif Aiman Hanapi, Dion Cools, Brenda Gan dan Paulo Josue.

Dengan adanya barisan penyerang berbakat yang dipanggil ke kem latihan pasti mampu membantu skuad negara meraih kemenangan dalam perlawanan persahabatan tersebut.

Dalam pada itu, pastinya benteng pertahanan memainkan peranan penting dalam aksi tersebut berikutan difahamkan Pan-gon akan menggunakan corak permainan yang berbeza.

Perkara itu dikongsikan oleh pertahanan negara, Matthew Davies yang menjangkakan pendekatan corak permainan berbeza akan diadaptasi oleh pengendali skuad tersebut.

Susulan itu, penyokong bola sepak tanah air memberikan pandangan mengenai pemain pertahanan yang bakal dipilih oleh Pan-gon untuk mematahkan serangan pihak lawan.

PETALING JAYA, 29 Ogos -- Skuad Harimau Malaya giat menjalani sesi latihan bagi persiapan menjelang perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di China, ketika di Wisma FAM hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Skuad Harimau Malaya giat menjalani sesi latihan bagi persiapan menjelang perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di China. — Bernama

Dalam pada itu, nama pemain Dewa United, Junior Eldstal, pertahanan kental Johor Darul Takzim (JDT), Matthew Davies dan tonggak tengah Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue terus menjadi sebutan para penyokong tanah air.

Gandingan ketiga-tiga pemain tersebut yang bakal beraksi di posisi pertahanan cukup menggerunkan jentera serangan lawan kerana dijangka sukar untuk menembusi benteng skuad kebangsaan.

"Kalau Junior dan Dion Cools okay juga sebab kita kurang player tinggi tambah lagi dengan pemain Syria yang tinggi 1.85 meter ke atas," kata @_fedriefelerry.

"Letak Paulo Josue pair dengan Junior and Davies lagi better rasanya sebab dia ada body yang bagus untuk defend," kata @Amir_.

"Pendapat saya, Junior ni lebih kepada destroyer so pair dengan Dion Cools lagi ngam," kata @amierkylez.

Selain Junior, Davies, Josue dan Cools, ada juga penyokong yang mengharapkan agar Pan-gon menurunkan bek kental tempatan, Feroz Baharudin dan Shahrul Saad di benteng pertahanan.

"Corbin Ong bergandingan dengan Cools dan Davies akan merantai peledak Syria dan China," katanya.

Melihat kepada prestasi yang ditampilkan ketiga-tiga pemain tersebut dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pastinya akan membuah hasil kepada benteng pertahanan negara.

Malaysia akan menentang Syria pada 6 September dan berdepan China tiga hari kemudian. Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram