Jangan kejar pujian, fans harap Corbin Ong kawal ketat benteng pertahanan HM selain asyik ‘overlap’


  • Podium
  • Ahad, 03 Sep 2023

Sebahagian aksi sesi latihan Harimau Malaya dalam persediaan menghadapi perlawanan persahabatan di Chengdu, China.— ​​​​​​​Facebook/FAM

SKUAD kebangsaan kini sedang sibuk mengadakan persiapan untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China pada 6 dan 9 September.

Pelawanan yang berlangsung di Chengdu, China itu bakal menyaksikan skuad kebangsaan akan berdepan dengan pasukan yang berada dalam kelompok 100 pasukan terbaik berbanding Malaysia di tangga ke-136 dunia.

Dua perlawanan antarabangsa kali ini adalah sebagai persiapan bagi menghadapi Piala Asia di Qatar awal tahun depan selepas diundi berdepan Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Dengan adanya barisan penyerang berbakat seperti Arif Aiman Hanapi, Paulo Josue dan Faisal Halim yang dipanggil ke kem latihan pasti mampu membantu skuad negara meraih kemenangan dalam perlawanan persahabatan tersebut.

WhatsApp Image 2023-09-03 at 11.33.57

Corbin Ong antara pemain pertahanan yang bakal dipilih oleh Pan-gon. — Facebook/FAM

Dalam pada itu, pastinya benteng pertahanan memainkan peranan penting dalam aksi tersebut berikutan difahamkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon akan menggunakan corak permainan yang berbeza.

Pemain pertahanan kiri Malaysia, Corbin Ong yang kerap kali menjadi pilihan Pan-gon diberi tugas untuk membentuk benteng kebal buat Harimau Malaya.

Meskipun beraksi cemerlang bersama skuad negara namun menerusi satu perkongsian di Facebook, Abd Halim Ramli berkongsikan sikap Corbin Ong yang dianggap gemar untuk naik menyerang berbanding mengawal ketat benteng pertahanan.

"Mantap apa pula, pintu gol negara mudah dibolosi penyerang lawan gara-gara dia.

"Kerana nak dapat pujian dan gelaran serta anugerah penjaring gol, dia suka tinggalkan posisi pertahanan.

"Ghairah dan leka naik menyerang, depan gol longgar penyerang lawan mudah bolosi pintu gol negara," katanya dalam hantaran di Facebook.

Melihat kepada situasi tersebut, penyokong berharap agar Corbin sentiasa fokus mengawal benteng pertahanan negara walaupun hanya perlawanan persahabatan.

Corbin merupakan antara pertahanan kiri terbaik yang pernah dimiliki negara serta sudah mengumpul 20 kaps bersama skuad kebangsaan.

Pemain warisan itu juga mempamerkan aksi luar biasa dalam saingan domestik apabila sudah meledak empat gol serta mencipta dua bantuan gol buat kelabnya, Johor Darul Takzim (JDT). Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram