
LEGENDA Manchester United, David De Gea menunjukkan bahawa dia masih giat melakukan latihan peribadi menerusi media sosialnya walaupun selepas dilepaskan oleh belas majikannya pada penghujung musim lalu.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu merangkul anugerah Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris pada 2022-23 selepas musim cemerlang ditampilkan bersama skuad Red Devils.
Secara keseluruhannya, De Gea mengekalkan rekod 17 clean sheets yang mengagumkan dalam saingan tertinggi England itu namun ia tidak mencukupi untuk membolehkannya diperbaharui kontrak bersama Man United.
Meskipun sudah bertaraf ejen bebas tetapi pemain berusia 32 tahun itu menunjukkan bahawa dirinya masih mampu bersaing di peringkat tertinggi.
De Gea dikaitkan dengan Bayern Munich berikutan mereka memerlukan pengganti di gawang selepas Manuel Neuer baru-baru yang baru kembali ke latihan kerana masalah kecederaan dan Yann Sommer pergi ke Inter Milan.
Namun sehingga kini masih tiada sebarang perjanjian tercapai bersama bekas penjaga gol Atletico Madrid itu.
Dalam video itu, De Gea boleh dilihat menjalankan latihan solo sambil dia berusaha untuk kekal berada pada prestasi tertinggi sekiranya mana-mana pihak datang melamarnya untuk permulaan musim baharu.
Kesungguhan De Gea menunjukkan yang dia berminat untuk untuk mendapatkan kelab baharu sebelum tamat jendela pada perpindahan Jumaat ini.
Selain Bayern Munich, De Gea juga dikaitkan dengan Real Madrid, yang kehilangan Thibaut Courtois akibat kecederaan ACL namun skuad Los Blancos sebaliknya mencari Kepa Arrizabalaga secara pinjaman daripada Chelsea.
Pemergian De Gea membuka jalan kepada kedatangan Andre Onana ke United dari Inter Milan yang kini menduduki tempat sebagai penjaga gol nombor satu dalam pasukan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram