Tiga pemain boleh bantu OKS buat 'squad rotation' lawan Negeri Sembilan FC


  • Podium
  • Sabtu, 26 Ogos 2023

Sabah FC masih berharap dapat merampas tangga kedua Liga Super daripada Selangor FC walaupun sukar. — Facebook/Sabah Football Club

PERTEMUAN aksi Liga Super melibatkan Sabah FC dan Negeri Sembilan FC menjadi satu lagi peluang buat kedua-dua pasukan mencari tiga mata.

Dengan saingan liga semakin menghampiri penamat, kedua-dua pasukan perlu mendapatkan tiga mata untuk membaiki kedudukan dalam liga.

Sabah FC kini menduduki tangga keempat dengan 39 mata dan dilihat hanya mempunyai peluang tipis untuk merampas kedudukan kedua liga daripada Selangor FC.

Sementara Negeri Sembilan FC pula berada di tangga kesembilan dengan jika menang di Likas, mereka boleh menghidupkan peluang mengejar PDRM FC yang berada di kedudukan kelapan.

Dengan rekod tiga kalah dan dua seri dalam lima perlawanan terakhir liga, skuad Jang berada dalam kedudukan tidak baik untuk berdepan Sabah FC yang cukup ampuh di laman sendiri.

Sementara bagi Sabah FC, kemenangan rutin di laman sendiri dijangka tiba oleh penyokong mereka. Memandangkan menentang Negeri Sembilan FC yang berada di zon bawahan liga, mungkin inilah peluang buat Datuk Ong Kim Swee menurunkan beberapa pemain untuk melakukan penggiliran skuad (squad rotation).

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, terdapat tiga pemain yang boleh Kim Swee turunkan pada perlawanan menentang Negeri Sembilan FC.

1. Miguel Cifuentes

Bekas pemain Kelantan FC ini adalah salah satu nama yang boleh diturunkan oleh Kim Swee pada Sabtu.

Miguel Cifuentes atau lebih dikenali sebagai Cifu sebelum ini terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan. Kerana itu, dia tidak dapat diturunkan sekitar sebulan.

357741213_657095306457164_1440761849125855591_n

Cifuentes hanya bermain 45 minit sahaja untuk Sabah FC dalam Liga Super setakat ini. — Facebook/Sabah Football Club

Dalam perlawanan ini, Kim Swee boleh menurunkan Cifu supaya pemain tersebut boleh mendapatkan minit permainan sekali gus mendapatkan semula prestasinya.

Ia juga adalah harapan peminat Sabah FC yang ingin melihat aksi pemain dari Sepanyol ini.

2. Jailton Paraiba

Satu lagi nama yang terpaksa disisih sebelum ini kerana kecederaan, Jailton Paraiba kini sudah pulih dan boleh kembali merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Selepas konsisten diletakkan dalam kesebelasan utama Sabah FC dari awal musim, Paraiba terpaksa diketepikan kerana kecederaan yang dihadapinya ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Kini sudah kembali pulih, Paraiba boleh dijadikan pilihan oleh Kim Swee untuk mengisi semula posisi sayap kanan skuad Badak.

3. Irfan Fazail

Pemain yang bersama Kim Swee sejak dari zaman Harimau Muda ini juga boleh diberikan peluang untuk diturunkan menentang Negeri Sembilan FC.

Persembahan Irfan bersama-sama Sabah FC musim ini agak terhad dengan dia cuma melakukan 10 penampilan sahaja sambil Kim Swee lebih memilih untuk menurunkan Stuart Wilkin.

356261094_649871743846187_2918714503672684494_n

Irfan (dua dari kanan) cuma melakukan 10 penampilan liga sahaja untuk Sabah FC musim ini. — Facebook/Sabah Football Club

Menentang skuad Jang, mungkin jurulatih berusia 52 tahun boleh memilih untuk menurunkan Irfan supaya minit permainan dapat diraih sambil mengelakkan prestasinya terus turun.

Sabah FC akan bertemu Negeri Sembilan FC pada Sabtu jam 8.15 malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram