Baddrol sempat temani sebelum ayah meninggal dunia


  • Podium
  • Rabu, 23 Ogos 2023

Bapa Baddrol yang juga Adun Gurun, Bakhtiar Md Isa meninggal dunia pada pagi Rabu. — Facebook/Baddrol Bakhtiar

BAPA kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia di kediamannya di Cinta Sayang Resort Villa, Sungai Petani, Kedah pada jam 6.04 pagi Rabu.

Pemergian Allahyaharham, Bakhtiar Md Isa yang menghembuskan nafas terakhir di usia 62 tahun itu dimaklumkan di laman rasmi Facebook bekas pemain bola sepak Kedah dan Sabah FC tu.

Berdasarkan laporan media, Allahyarham baru selesai menjalani pembedahan berkaitan penyakit angin pasang dan Baddrol turut menemani bapanya untuk menjalani rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani sejak beberapa hari lalu.

"Untuk makluman semua. Ayahanda kepada YB Baddrol baharu sahaja menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau sebentar tadi.... Sama-sama kita doakan semoga roh ayahanda YB Baddrol di tempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan diampunkan segala dosanya," kata hantaran tersebut.

Dalam pada itu, memetik laporan Berita Harian, jenazah akan dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam Masjid al-Busyra, Merbok.

Hubungan Adun Gurun itu dengan ayahnya sangat akrab dan sebelum Baddrol membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu juga beliau sempat mendapatkan restu dan doa daripada ayahnya memohon agar dipermudahkan urusan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, bekas pemain tengah Harimau Malaya itu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dengan memperoleh 17,771 undi menewaskan pencabarnya dari Pakatan Harapan (PH), Mohammed Firdaus Johari (11,187).

Baddrol yang mewakili PAS di bawah payung Perikatan Nasional (PN) itu berhasil merampas kerusi tersebut daripada penyandangnya Datuk Johari Abdul yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerana menerima tawaran sebagai Speaker Dewan Rakyat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram