Tchetche Kipre peka nahas di Elmina, zahir simpati buat keluarga mangsa


  • Podium
  • Sabtu, 19 Ogos 2023

Penyerang kelahiran Ivory Coast itu sudah menghabiskan enam tahun beraksi dalam Liga Malaysia. — Facebook/Kuala Lumpur City

NAHAS yang melibatkan pesawat ringan terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor terus menjadi bahan bualan orang ramai sejak ia berlaku pada Khamis lalu.

Tragedi berkenaan mengorbankan 10 nyawa dengan enam daripada terdiri daripada penumpang, dua kru pesawat sementara dua lagi merupakan orang awam.

Kejadian itu terus menghiasi dada akhbar dengan orang ramai tidak henti-henti membincangkan mengenai nasib kepada mangsa yang terkorban.

Antara yang turut bersimpati dengan perkara itu ialah pemain Kuala Lumpur (KL) City FC, Tchetche Kipre yang mengekori mengenai berita akan kejadian terbabit.

"Saya sememangnya mengetahui hal-hal semasa yang berlaku di Malaysia. Ia termasuk insiden menyedihkan mengenai kapal terbang terhempas pada Khamis.

"Seperti saya katakan, saya luahkan lebih banyak masa bermain di sini. Jadi, saya memang ikuti kebanyakan berita di sini berbanding di negara asal saya.

SHAH ALAM, 17 Ogos -- Situasi terkini berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat sini.Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di atas jalan raya berdekatan kawasan perumahan di Bandar Elmina,--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Seramai 10 orang maut akibat nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis.

"Saya berasa cukup sedih dan bersimpati terhadap keluarga dan semoga Tuhan membantu mereka, itu sahaja yang dapat saya katakan," katanya kepada Majoriti.

Penyerang kelahiran Ivory Coast itu berkata demikian selepas aksi Piala Malaysia di Stadium Cheras, KL pada Jumaat dengan dia menjaringkan gol kemenangan buat skuad The City Boys.

Kipre sememangnya seorang pemain yang cukup dikenali dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan memandangkan dia sudah beraksi dalam Liga Super sejak 2017.

Selain KL City FC, beberapa kelab turut berkesempatan menggunakan khidmatnya, termasuk Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC.

Meskipun sudah berusia 35 tahun, bekas kapten skuad Sang Penyu itu masih berupaya memberikan sumbangan di hadapan pintu gol dengan enam gol sudah dijaringkannya musim ini.

Untuk rekod, Kipre memiliki satu statistik cukup cemerlang dalam bola sepak tanah air apabila berjaya memperolehi 48 jaringan peribadi dalam 91 penampilan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram