KELANTAN FC yang dijadualkan menentang NEGERI Sembilan FC (NSFC) pada Rabu malam dijangka tidak akan mempertaruhkan kudrat pemain baharu pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Kelantan.
Pada jendela perpindahan kedua Julai lalu, skuad The Red Warrios (TRW) mengumumkan kehadiran empat pemain import baharu iaitu Aliakbar Ahmadi, Dennis Buschening, Alie Sesay dan Ahmed Magdy bagi membantu pasukan untuk menghadapi baki saingan musim ini.
Empat pemain tersebut difahamkan akan diturunkan pada aksi menentang skuad Jang namun hasrat tersebut tidak dapat ekoran terdapat beberapa masalah yang belum diluluskan lagi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Khabar angin tersebut bermula apabila pemilik Kelantan, Norizam Tukiman memuat naik status seperti keluhan dengan menulis ‘FAM,’ dan hantaran tersebut disyaki merujuk kepada masalah pemain import yang dialami kelabnya.
Tangkap layar hantaran Norizam atau lebih mesra dengan sapaan Zamsaham.
Difahamkan sehingga kini, empat pemain import yang baru dibawa masuk gara-gara gagal mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dan disebabkan itu mereka masih tidak dapat beraksi bersama TRW.
“Import tidak boleh main malam ini. Tidak lulus ITC,” dakwa penyokong TRW, Suhairie Nor.
“Ape yang dimaksudkan ini..adakah malam ni import baru tidak boleh diturunkan..asalkan Kelantan saja mesti ada masalah selalu FAM ni,” komen seorang penyokong, Miey Kelate.
“Dah agak dah, player import tidak boleh main pula.. huhu air mata pula kita malam ini,” kata seorang lagi penyokong TRW, Mohd Rizalman Johari.
Kelantan yang masih bergelut untuk mendapatkan kemenangan kedua nampaknya perlu menggunakan khidmat pemain sedia ada untuk mendapatkan tiga mata berharga di laman sendiri.
Untuk rekod, ketika ini, Kelantan berada pada kedudukan tercorot Liga SUper dengan lima mata manakala skuad Jang di tangga ke-9 dengan 21 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram