Kalau saya tak buat, sampai ke mam**s tak tukar — TMJ


  • Podium
  • Khamis, 03 Ogos 2023

Tunku Ismail menaja RM2.3 juta untuk menanam rumput jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. — Instagram/TMJ

PEMILIK Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim berharap agar semua padang di Malaysia akan mengikut langkah Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang sudah menaik taraf padang.

Malah, Tunku Ismail juga menegaskan bahawa setiap pasukan Liga Malaysia (Liga M) sepatutnya lebih mengutamakan kualiti untuk keselesaan pemain daripada berbelanja wang mereka dengan memborong pemain import.

"Mudah-mudahan satu Malaysia tukar padang. Dua kali lagi muah dari signing pemain import. Kalau saya tak buat sampai ke mam**s tak tukar padang.

"Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand semua dah tukar padang yang lebih berkualiti. Kita saja masih padang lembu, mentaliti pun lebih kurang," katanya menerusi hantaran di Insta Story miliknya pada Khamis.

WhatsApp Image 2023-08-03 at 13.28.40

Tangkap layar Insta Story Tunku Ismail pada Khamis.

Kenyataan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu dimuat naik sebagai respons kepada satu laporan media yang menyatakan bahawa rumput jenis Zeon Zoysia sudah mula dipasang di SNBJ dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini sebelum Pestabola Merdeka berlangsung.

Terdahulu, Tunku Ismail bermurah hari menaja kos penanaman rumput baharu yang dianggarkan mencecah sehingga RM2.3 juta di gelanggang keramat Harimau Malayaa itu sebagai sumbangan kepada bola sepak Malaysia.

Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi antara empat buah stadium utama di Asia Tenggara yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia selain Stadium Nasional Singapura, Stadium Utama Gelora Bung Karno serta Stadium JDT, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram