[VIDEO] Didakwa bakal jadi naturalisasi Malaysia, Saddil Ramdani jelaskan hal sebenar


  • Podium
  • Isnin, 17 Jul 2023

Saddil kecewa dengan penyokong Indonesia yang mempercayai bahawa khabar angin dia akan menukar kewarganegaraan. — Agensi

PENYOKONG bola sepak sepak Indonesia meluahkan kemarahan mereka selepas penyerang sayap pasukan kebangsaan, Saddil Ramdani dikhabarkan akan bertukar kerakyatan menjadi warganegara Malaysia.

Tidak tahan dengan dakwaan tersebut, pemain Sabah FC itu tampil menzahirkan kekecewaannya dan menurutnya perkara berkenaan sepatutnya jangan dibesar-besarkan kerana dia bangga menjadi warga Indonesia.

Menurut pemain berusia 24 tahun yang kini masih beraksi bersama Sabah FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) itu mengatakan bahawa dia hanya menjalankan tugasnya sebagai pemain bola sepak profesional dan tidak mempunyai maksud lain.

saddil dala,

Saddil bersama rakan sepasukan The Rhinos.

“Saya bangga menjadi orang Indonesia. Tidak ada yang akan mengubah kewarganegaraan saya. Saya di sini (Malaysia) hanya mencari sesuap nasi dan dengan berita bahawa saya akan bertukar kewarganegaraan adalah tidak adil untuk dilaporkan. Ini hanya membawa fitnah untuk saya.

"Semoga berita yang selalu memburukkan nama baik dan membuatkan saya dicaci maki oleh warga Indonesia cepat sedar. Semoga berita yang selalu yang merugikan saya akan dimaafkan. Tetaplah mencari nafkah yang halal, tidak perlu mencari sesuap nasi dengan menjatuhkan orang lain," katanya pada Insta Story.

Hantaran dari bekas pemain Bhayangkara FC itu bagaimanapun sudah dipadam dan tangkap layarnya banyak tersebar di pelbagai platform media sosial sehingga menjadi perkara yang banyak dibincangkan oleh warganet Indonesia.

Dakwaan tersebut mulai timbul selepas penyokong bola sepak Malaysia memuji Saddil yang dilihat begitu bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku pada aksi Sabah menewaskan Sri Pahang 3-0 pada Sabtu.

Kefasihan serta semangat yang ditunjukkan Saddil itu membuatkan ramai penyokong domestik menyarankan agar pemain Indonesia itu didaftarkan sebagai tonggak naturalisasi pasukan kebangsaan.

Terdahulu, Ssddil juga meluahkan kekecewaannya terhadap penyokong negara jiran itu yang mempersoalkan perbezaannya gaya permainannya ketika beraksi bersama The Rhinos dan pasukan kebangsaan Indonesia.

Bukan itu sahaja, Saddil juga sempat mendiamkan mulut penyokong negara jiran yang mempersoalkan keputusannya beraksi di Liga Malaysia dan menjelaskan bahawa dia juga memerlukan masa lama untuk menyesuaikan diri kancah domestik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram