
PROSES pengambilalihan Manchester United masih dalam fasa perbincangan dengan Sheikh Jassim mendahului bidaan untuk mengambil alih United daripada pemilik semasa, keluarga Glazers sejak lapan bulan lalu.
Manakala pesaingnya, Sir Jim Ratcliffe masih dalam usaha untuk membeli kelab itu dengan mereka membentangkan cadangan untuk membeli 50 peratus saham dalam Red Devils.
Proses itu sudah berlangsung selama beberapa bulan dengan penyokong United tidak mengetahui pembida mana yang akan berjaya kerana masih tiada pengesahan rasmi mengenai masa depan pemilik baharu The Red Devils.
Majoriti peminat United nampaknya memberi lampu hijau dan lebih menyukai idea Sheikh Jassim untuk mengambil pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, manakala Ratcliffe pula kurang dipersetujui kerana usahawan British itu masih mahu melibatkan Glazers kekal sebagai pemegang saham minoriti di Old Trafford.
Adalah lebih baik jika isu pemilikan itu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan sebarang spekulasi lain muncul, selain ia juga boleh membantu untuk menyelesaikan masalah perpindahan tersebut.
Randal Kolo Muani menjadi buruan Manchester United. — Reuters
Hal ini kerana, jika masalah pengambilalihan selesai, Erik ten Hag juga akan dapat melunaskan cita-citanya untuk membawa masuk pemain impian sebelum kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) baharu bermula bulan depan.
Difahamkan, bidaan sebanyak 43 juta pound (RM258 juta) sudah dibentangkan tetapi tidak pasti pihak mana yang mengemukakan tawaran itu.
Berkemungkinan besar, Sheikh Jassim tidak berdepan masalah untuk mengeluarkan belanja sebesar untuk mengambil alih Man United.
Tetapi pakar kewangan Kieran Maguire memberi amaran bahawa Sheikh Jassim mungkin terpaksa mengawal perbelanjaan untuk membeli pemain baharu jika beliau sah menjadi pemilik kelab tersebut.
Ini kerana kebanyakan kelab Eeropah terikat dengan peraturan kewangan UEFA yang mahu mengehadkan perbelanjaan kelab-kelab besar menawarkan harga pemain sehingga tidak masuk akal.
Man United dipercayai memburu penyerang Perancis, Randal Kolo Muani yang dianggarkan bernilai 85 juta pound (RM510 juta). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram