Tiga individu dari Sarawak United terus 'mengamuk' isu gaji masih belum selesai


  • Podium
  • Selasa, 20 Jun 2023

Isu pengurusan skuad Ngap Sayot terus segar dalam ingatan penyokong bola sepak tanah air. — Facebook/Sarawak United FC

KEMELUT pengurusan dan kewangan yang membelenggu Sarawak United FC pada musim lalu terus berlarutan sehingga hari ini apabila pasukan Borneo itu masih enggan menyelesaikannya.

Selain pemain, staf kejurulatihan juga dilaporkan tidak menerima bayaran gaji dengan ada yang melaporan skuad Ngap Sayot berhutang sehingga ribuan ringgit.

Bercakap mengenai perkara itu, dua pemain import, Taylor Regan dan Sandro Mendoca jelas berang apabila tiada tindakan daripada mana-mana pihak berkuasa setakat ini.

Mereka mendedahkan bahawa Sarawak United masih berhutang meskipun terdapat campur tangan daripada FIFA yang mahu isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

taylor-regan-indra-putra

Taylor Regan (kanan) mahu FAM dan MFL mengambil tindakan tegas terhadap Sarawak United.

Regan yang menyertai kelab tersebut pada 2021 menjelaskan perasaan berangnya akan perkara berkenaan, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan usaha daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mencari kata putus.

"Pihak pengurusan perlu menyelesaikan hutang dan saya fikir FAM juga perlu menimbangkan untuk menggantung lesen Sarawak United daripada menyertai mana-mana pertandingan dan berikannya kepada kerajaan negeri Sarawak.

"Ini juga apa yang penyokong mahu. Mereka mahu pasukan yang sebenar, yang diuruskan kerajaan sendiri. Pasukan lain sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan reputasi Liga Malaysia, tetapi mereka terus bertindak secara tidak profesional," katanya.

Bagi Mendoca pula, dia menceritakan bahawa kelab berkenaan sudah membayar tunggakan sehingga RM42,000 pada September, namun masih berhutang sehingga RM113,416.

Pemain tengah kelahiran Brazil itu turut bersetuju dengan pandangan Taylor selain berharap agar badan induk bola sepak negara berkenaan mengambil serius akan hal terbabit.

"FAM mempunyai tugas untuk melindungi atlet dan menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan kelab supaya memenuhi amanah masing-masing.

WhatsApp Image 2023-06-20 at 17.04.27

Sathianathan merupakan antara yang lantang mendesak agar isu tunggakan gaji Sarawak United diselesaikan dengan segera.

"Ia adalah satu perkara yang mudah bagi menyingkirkan mereka daripada beraksi secara profesional, tetapi ia hanya akan membebankan pemain dan menguntungkan pihak pengurusan," katanya.

Malah, isu tersebut turut menghantui bekas pengarah teknikal, B Sathianathan yang mendedahkan bahawa Sarawak United masih berhutang lima bulan gaji dengannya.

"Pihak dan individu yang berada dalam FAM, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu mengetahui akan perkara itu. Mereka sepatutnya menghalang penyertaan pasukan yang berdaftar jika didapati melanggar syarat dan peraturan.

"Tambahan pula, kerajaan negeri Sarawak berkata, mereka sudah memberi dana berjuta-juta ringgit terhadap kelab, namun kami masih belum menerima segala bayaran," katanya.

Musim ini, skuad Ngap Sayot terpaksa secara amatur di Liga M3 setelah MFL menghalang penyertaan mereka berikutan kegagalan untuk menyerahkan dokumen. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram