Penyokong maut, jatuh dari tempat duduk stadium selepas 26 minit perlawanan berlangsung


  • Podium
  • Ahad, 04 Jun 2023

Pegawai polis dan kakitangan keselamatan Argentina membentuk perimeter di tempat duduk selepas perlawanan ditangguh. — Agensi

SEORANG penyokong maut selepas terjatuh dari tempat duduk penyokong di Stadium Mas Monumental, Buenos Aires, milik kelab Argentina, River Plate semasa aksi menentang Defensa y Justicia pada Sabtu.

Memetik laporan Foxnews, mangsa dipercayai berusia 53 tahun namun setakat ini identiti penyokong berkenaan masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selepas 26 minit berlangsung dan venue juga dipindahkan ke tempat lain berikutan insiden itu.

Menurut laporan kelab, tidak ada keganasan atau campur tangan pihak ketiga berlaku dalam kejadian yang menyayat hati tersebut.

"Seorang penyokong terjatuh dari tempat duduk Sivori Alta dan meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak perubatan tiba serta-merta di kawasan itu, begitu juga polis dan pelbagai agensi keselamatan.

“Tempat duduk si mati itu merupakan kawasan tiket bermusim yang mana mempunyai kapasiti 90 peratus. Difahamkan juga tiada campur tangan pihak ketiga. Ia juga mendapati tiada situasi ganas di tempat itu atau di sekelilingnya berlaku,” memetik kenyataan kelab.

Kelab itu berkata, agensi keselamatan dan Unit Fiskal Khusus yang mengendalikan acara besar akan memulakan siasatan dan menutup kawasan terbabit selama 24 jam bagi mendapatkan bukti. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram