Josiah, Yinuo tawan Kejohanan Golf Remaja Saujana-100PLUS


  • Podium
  • Khamis, 01 Jun 2023

Josiah Edwards dan Yan Yinuo muncul sebagai juara Kejohanan Remaja Saujana-100PLUS untuk kategori masing-masing.

PEMAIN remaja dari Australia, Josiah Edwards, muncul juara bagi kategori lelaki Kejohanan Golf Remaja Saujana-100PLUS di Saujana Golf & Country Club, Subang yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada Khamis.

Selepas mendahului dua pusingan, pemain berusia 16 tahun itu, meneruskan prestasi konsisten dengan melakukan satu di bawah par 71 pada pusingan akhir untuk mengumpul jumlah keseluruhan 217 pukulan, sekali gus merangkul kejuaraan dengan kelebihan dua pukulan.

Gelaran naib juara pula dirangkul oleh pemain cilik berusia 13 tahun, Daichi Hayashi dari Jepun yang melakukan catatan 69 pukulan pada hari terakhir selepas mengumpul 19 pukulan.

Bakat tempatan, Nathan Wong dan Nor Haqeim Hadi masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, kategori perempuan, menyaksikan pemain China, Yan Yinuo, merangkul kejuaraan pertama tahun ini selepas menewaskan pemain negara, Wang Xin Yao dalam saingan playoff selepas masing-masing mengakhiri saingan dengan terikat 220 pukulan.

Bagi kategori lelaki pada saingan 9 lubang pertama, Josiah bermain secara konservatif dengan melakukan birdie pada dua lubang Par 5 holes dan bogey pada lubang 3 dan 8.

Nathan tewas dengan 2 pukulan lagi melalui bogey dengan Daichi terus mengejar Josiah dengan 4 pukulan di belakang.

Australian Josiah Edwards (second from left) maintained his lead in the competition

Josiah (dua dari kiri) mengekalkan rentak cemerlang selama tiga hari berturut-turut untuk bergelar juara.

Permainan semakin hangat di lubang ke-14 Par 5, 517 ela apabila kedua-dua Josiah dan Daichi mencatatkan birdie ketika Nathan membuat eagle membuat pukulan tee yang jauh dan bola jatuh 5 kaki dari pin.

Josiah juga hanya berjaya mendapat bogey di Par 3 lubang ke-15 dan defisit pendahuluannya berkurang kepada 3 pukulan.

Daichi mengumpul birdie di lubang 16 dan 17 untuk berkedudukan hanya satu pukulan daripada Josiah ketika mereka mara ke lubang terakhir.

Malangnya bagi Daichi, pukulan teenya memasuki perangkap pasir di fairway dan hanya mampu mencecah pukulan kedua sejauh 25 ela, manakala Josiah dan Nathan berada di green dengan dua pukulan.

Selepas melakukan dua putt mudah, Josiah kemudiannya mengesahkan kemenangan dalam kejohanan pertamanya di bumi Malaysia.

Nathan menduduki tempat ketiga dengan 220 pukulan dan Nor Haqeim Hadi di nombor keempat dengan 224 pukulan.

Sementara itu, bagi kategori wanita, menyaksikan perebutan dramatik antara pendahulu Wang Xin Yao pada 146 dan Isabella Yan yang berada 4 pukulan di belakang dengan catatan 150 pukulan.

Mencatatkan bogey di lubang 3, 4 dan 5 oleh Xin Yao memberikan Isabella peluang untuk mengejar dan kemudiannya berada satu pukulan di belakang. Satu lagi bogey oleh Xin Yao di Par 4, lubang ke-9 menyaksikan Isabella mendahului dengan stu pukulan selepas membuat birdie.

Xin Yao menjawabnya dengan pukulan birdie di lubang ke-10 untuk meneruskan pertarungan. Kedudukan pendahulu kemudiannya bertukar tangan beberapa kali di lubang 12 dan 15 dengan kedua-dua pemain menamatkan permainan dengan genap membuat 220 pukulan yang memaksa permainan diteruskan melalui playoff di Par 4, 347 ela lubang ke-18.

PLAYOFF

Pukulan tee kedua-dua pemain berada di fairway dengan bola Isabella berada dalam jaraj 120 ela dari pin, sementara Xin Yao hanya 115 ela ke bendera. Pukulan ke green Isabella kemudiannya menjatuhkan bola 10 kaki dari pin tetapi Xin Yao membuat pukulan bola yang memasuki dalam air 30 ela dari green.

Xin Yao kemudiannya memasuki green dengan 4 selepas dicampur penaltidan Isabella kemudiannya dengan tenang membuat dua putt untuk mendapat par dan seterusnya memberi gelaran pertamanya untuk tahun ini.

Tempat ketiga dikongsi oleh Nur Batrisyia Balqis, Tan Ying Ying dan Amanda gan dengan 228 pukulan. — Majoriti

KEPUTUSAN LELAKI

217 Josiah Edwards (AUS) 71-75-71

219 Daichi Hayashi (JPN) 75-75-69

220 Nathan Wong (MAS) 74-75-71

224 Nor Haqeim Hadi (MAS) 74-76-74

225 Wan Hasnul Daniel (MAS)

228 Kim Beom Gyu (KOR) 76-77-75

230 Austrin Gan 76-77-77

231 Wan Muhd Danial Hafiz 75-80-76, MUHD Izzul Irfan (MAS) 81-72-78

234 Ammer Aiman Mohd Fauzi (MAS) 77-80-77

KEPUTUSAN WANITA

220 Yan Yinuo (CHN) 78-72-70, Wang Xin Yao 71-75-74

228 Nur Batrisyia Balqis (MAS) 79-76-73, Tan Ying Ying (MAS) 77-74-77, Amanda Gan (AUS) 76-75-77

230 Kelly Low (MAS) 79-74-77

233 Alya Afza 80-74-79, Vanessa Chong (MAS) 76-77-80

235 Aarthi Ganesan (MAS) 78-73-84

241 Natali Jan Van Dort (MAS) 81-78-82

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram