Pelatih AMD meninggal dunia kemalangan jalan raya


  • Podium
  • Sabtu, 27 Mei 2023

Muhammad Haziq Haiqal meninggal dunia pada Sabtu. — Facebook/MSN

DUNIA bola sepak tempatan kehilangan seorang permata apabila pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Muhammad Haziq Haiqal Mohd Faizal dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.

Menurut laman Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Haziq atau mesra dipanggil Alex, 17, disahkan meninggal dunia awal pagi Sabtu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Haziq yang merupakan salah seorang pelatih bawah 17 tahun dalam kelab AMD terlibat dalam kemalangan ketika sedang menjalani cuti persekolahan bersama keluarga di rumahnya yang terletak di Balok, Kuantan, Pahang.

“Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat keluarga AMD kerana arwah merupakan pelatih yang sangat berbakat, komited dan berdedikasi serta mempunyai akhlak yang baik.

"Marilah kita bersama-sama mendoakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba yang beriman. Al-Fatihah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram