’Kami dah kerja keras’, lepas Lee Tuck, Hidalgo pula frust keputusan pengadil


  • Podium
  • Khamis, 25 Mei 2023

Hidalgo sudah mencetak tiga jaringan gol dan lima hantaran bantuan buat Kedah selepas 12 perlawanan Liga Super. — Facebook/ KDA FC

INSIDEN ofsaid menjadi duri dalam daging pasukan Kedah Darul Aman (KDA) apabila ia disifatkan sebagai punca Sang Kenari gagal membawa sebarang mata ke Darul Aman.

Dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyaksikan pasukan Hijau Kuning tumpas 2-3 di tangan Selangor FC.

Kedah yang kelihatan mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata pulang hampa selepas tonggak tengah Selangor, Al-Rawabdeh menyumbang jaringan kemenangan buat Gergasi Merah.

Penyokong bagaimanapun berpendapat bahawa jaringan tersebut adalah ofsaid kerana kedudukan pemain Jordan itu melepasi tonggak KDA FC.

Perkara itu juga dipersetujui oleh arkitek tengah kebangsaan Sang Kenari, Lee Tuck yang menyifatkan ia adalah kekalahan kekalahan tipis kerana gol sedemikian memang mengecewakan pemain dan penyokong.

Selepas Lee Tuck, pemain sayap import, Manuel Hidalgo turut menzahirkan kekecewaannya dan berpendapat keputusan barisan pengadil yang merosakkan keseluruhan permainan.

WhatsApp Image 2023-05-25 at 20.19.15

Lee Tuck ketika beraksi menentang Gergasi Merah di MBPJ. — Facebook/ KDA FC

“Saya rasa corak permainan yang kami tampilkan hari ini sangat bagus tapi keputusan yang dibuat penjaga garisan mengganggu keseluruhan permainan. Saya kecewa dengan apa yang berlaku.

“Kami sedar semua boleh buat silap tapi kesilapan sebegini boleh rosakkan keseluruhan permainan. Kami semua bekerja keras untuk peroleh mata tapi saya kecewa dengan keputusan pengadil.” katanya kepada Majoriti.

Walaupun malam Kedah berakhir dengan keputusan kurang memuaskan namun pemain berusia 24 tahun itu akui keserasian antara pasukan semakin baik.

Hidalgo berkongsi bahawa Kem Pengukuhan yang diadakan selama tiga hari dua malam di Langkawi itu memberi impak positif kepada pasukan.

“Kem di langkawi sebelum ini sangat bagus sebab boleh meningkatkan keserasian antara kami. Kadang di hari biasa kami jarang luangkan masa bersama. Jadi meluangkan masa bersama-sama memang seronok tanpa memikirkan perlawanan,” tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram