Kawan sibuk bahan Man United, Haaland khusyuk makan stik


  • Podium
  • Selasa, 23 Mei 2023

Haaland menjaringkan 52 gol dalam semua pertandingan termasuk meledak lima gol dalam satu perlawanan dan lima hatrik bersama Man City musim ini. — Agensi

PARA pemain Manchester City dirakam meraikan malam minggu mereka selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim yang ketiga berturut-turut.

Man City dijulang sebagai juara selepas pesaing terdekat, Arsenal kalah mengejut di tangan Nottingham Forest dalam aksi di tempat lawan, pada Ahad.

Rakaman yang dikongsikan di media sosial menunjukkan pemain pertahanannya, Kyle Walker mengetuai 'chant' di restoran Mnky Hse di Manchester dengan dikelilingi rakan sepasukan lain seperti John Stones dan Kalvin Phillips.

Walker memulakan nyanyian untuk Stones yang memperlihatkan dia dalam keadaan bingung, dan terus melaungkan 'chant' - 'Dia f****** benci United'.

haaland

Haaland dilihat lebih senang duduk di dapur daripada berhibur dengan rakan-rakannya. — Agensi

Man City akan turun berdepan Man United dalam aksi final Piala FA pada 3 Jun depan.

Walker kemudian meminta peminat yang hadir di restoran itu terus menikmati sambutan tersebut.

Penyerang Man City, Erling Haaland bagaimanapun memilih untuk meraikan sambutan dengan cara cukup berbeza.

Dalam rakaman di media sosial, Haaland memilih untuk menikmati stik di dapur daripada berhibur.

Rakaman tersebut menunjukkan dia dikelilingi oleh cef di dapur restoran berkonsepkan Latin itu.

Sebelum ini, media melaporkan Haaland mengambil jantung dan hati lembu, susu serta lasagna dalam diet hariannya dalam mengekalkan tahap kecergasan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram