'Arahan diterima boss', ejen beri kata putus hala tuju Faisal Halim


  • Podium
  • Selasa, 23 Mei 2023

Pemain Selangor FC termasuk Faisal menjalani latihan menjelang pertemuan dengan KDA FC pada Rabu. — Facebook / Selangor FC

DUNIA bola sepak negara tiba-tiba kecoh selepas pemain kebangsaan, Faisal Halim dikaitkan dengan khabar angin ke Liga Korea Selatan.

Namun perkhabaran tersebut segera dinafikan ejen tonggak sayap Selangor itu, Joe Berbatov dalam satu ciapan di Twitter.

"Tunjukkan kepada saya surat tawaran dahulu," demikian ciapan ejen Faisal Halim melalui akaun Twitternya, @BerbatovJoe pada Isnin.

Ketika peminat Faisal berteka-teki mengenai hala tuju pemain itu, dia tampil memberi bayangan tentang destinasinya.

Screenshot 2023-05-23 175504

Foto yang dimuat naik semula oleh Faisal. — Instagram @faisalhalim.7

Di Instagram, Faisal memuat naik foto ketika mula-mula menyertai Selangor FC awal musim ini.

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu, dia menyertakan emoji merah kuning dan turut meletakkan 'tag' @joe_berbatov.

Di ruangan komen, ejen pemain itu turut meninggalkan komen berbunyi, "Arahan diterima boss".

Screenshot 2023-05-23 175537

Komen yang ditinggalkan oleh ejen Faisal di Instagram. — Instagram @faisalhalim.7

Mesej itu sekali gus memberi maksud jelas berkenaan hala tuju Faisal di kelab Selangor FC.

"Yeah kekal Selangor boss," komen seorang penyokong @dekyiemm_funkyz.

Faisal yang juga bekas pemain Terengganu FC berhijrah ke pasukan Gergasi Merah musim ini. Ketika awal penghijrahannya, dia bergelut dengan masalah ketumpulan penyudah.

Tonggak Harimau Malaya itu akhirnya menamatkan kemarau gol dalam saingan Liga Super bersama skuad Gergasi Merah pada 1 April lepas ketika menentang KL City FC.

Dia terdahulu meraih gol sulung ketika beraksi dengan skuad kebangsaan dalam perlawanan persahabatan Kelas 1 berdepan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Pada masa sama, pemain berusia 25 tahun itu sudah mencetak lima gol dan lima bantuan gol menerusi 11 penampilan setakat musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram