Khairul Helmi kehilangan ayah


  • Podium
  • Ahad, 21 Mei 2023

Foto yang dikongsikan Keon ketika bersama bapanya yang dimasukkan ke hospital. — Instagram/khairul.helmi13

DUNIA bola sepak pada Ahad dikejutkan dengan pemergian bapa kepada pemain pertahanan Kelantan FC, Khairul Helmi Johari.

Perkara tersebut dikongsikan kelab Pantai Timur berkenaan dengan penyokong skuad The Red Warriors (TRW) mengambil kesempatan memberi penghormatan kepada arwah.

"Daripada seluruh warga TRW Kelantan FC, salam takziah kepada pemain bola sepak TRW, Khairul Helmi (Keon) atas kehilangan ayah tersayang," tulisnya.

Khairul Helmi sebelum ini pernah berkongsi gambar bersama ayahnya di hospital April lalu, tetapi tidak menyatakan penyakit yang dihadapinya.

Bek tengah berpengalaman itu sebelum ini pernah mewakili Kedah FA yang mana menyaksikannya menjulang beberapa trofi, termasuk empat kejuaraan Piala Malaysia.

Namun, dengan pemain berkenaan kini sudah menjangkau usia 35 tahun, dia lebih kerap diletakkan di bangku simpanan sejak awal musim 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram