Prestasi kurang menentu, 3 penyerang ‘false 9’ boleh ganti Syafiq Ahmad di HM


  • Podium
  • Sabtu, 20 Mei 2023

Syafiq hanya merekodkan 14 minit permainan tanpa cetakan gol menerusi dua penampilan di JDT setakat ini. — Facebook/JDT

SKUAD Bawah 22 tahun (B-22) bakal menyaksikan tiga pemain berpangkalan di luar negara memperkuatkan pasukan bagi menghadapi dua kejohanan penting iaitu Piala AFF B-23 dan Kelayakan Piala Asia B-23.

Dua daripadanya ialah pemain kelab Eropah iaitu Nooa Laine (SJK Akatemia) dan Luqman Hakim (UMF Njardvik) bersama seorang lagi pemain iaitu Richard Chin.

Richard yang berada di Malaysia ketika ini beraksi bersama Dartford FC secara pinjaman dari Charlton Athletic salah sebuah kelab yang beraksi dalam divisyen enam liga bola sepak England.

2059903

Khidmat Luqman Hakim tentunya ditagih untuk membawa cabaran pasukan Njardvik FC musim ini. — Twitter

Ketika ini, ketiga-tiga pemain itu dirasakan sebagai pemain pelapis kepada skuad senior berdasarkan prestasi semasa mereka di kelab masing-masing.

Richard yang merupakan kacukan England-Malaysia dirasakan antara pemain masa depan di bahagian tengah bertahan manakala Nooa di bahagian tengah.

Sementara itu, Luqman pula menjadi antara pelapis skuad senior di bahagian serangan yang boleh mengambil posisi penyerang 'false 9' seperti Syafiq Ahmad dan Darren Lok.

Malah bukan Luqman sahaja, berikut dua lagi penyerang yang boleh menyaingi penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu untuk mendapatkan tempat di Harimau Malaya.

346271005_1402230240573699_6820976247870073177_n

Haqimi Azim boleh memainkan peranan 'false 9' seperti dilakukan oleh Syafiq. — Facebook/ FAM

Haqimi Azim

Penyerang muda KL City FC ini semakin mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan apabila sudah beraksi dengan skuad senior dan skuad B-22.

Pemain berusia 20 tahun ini memiliki ketajaman di depan gawang dan boleh memainkan peranan 'false 9' seperti dilakukan oleh Syafiq.

Bersama skuad B-22, dia sudah meledak enam gol dalam enam penampilan termasuk di Sukan SEA Kemboja manakala bersama skuad senior, dia mencetak satu gol ketika kejohanan AFF 2022.

347137997_1643153739486350_6971546889161206839_n

Romel pernah merangkul penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021 dengan 10 gol. — Facebook/ KL City FC

Romel Morales

Pemain kelahiran Colombia ini hampir bergelar naturalisasi dan dijangka menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang.

Baru berusia 25 tahun, Romel memiliki masa depan cerah kerana rekodnya yang cemerlang di liga tempatan.

Prestasi terbaiknya apabila posisi Romel ditukarkan kepada penyerang yang mana dia berjaya merangkul anugerah penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021 dengan 10 gol.

Romel dirasakan bakal prospek pure striker Harimau Malaya yang lebih baik berbanding Syafiq yang bergelut dengan isu kekurangan minit permainan di kelabnya, JDT.

1807106

Syafiq kurang mendapat minit permainan di JDT. — Facebook/ JDT

Prestasinya di Harimau Selatan dilihat agak tenggelam musim ini, yang boleh menyebabkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon berbelah bahagi untuk memanggilnya lagi ke kem latihan negara.

Jika dilihat sebelum ini juga, Pan-gon lebih cenderung memasukkan Darren berbanding Syafiq sebagai penyerang dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.

Syafiq ketika ini hanya merekodkan 14 minit permainan tanpa cetakan gol menerusi dua penampilan di JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram