Karang ucapan terima kasih, Safawi 'hint' tinggalkan Ratchaburi FC


  • Podium
  • Khamis, 18 Mei 2023

Safawi bersama peminat yang menyokongnya di kelab Ratchaburi FC. — Facebook

PEMAIN sayap Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid memberi bayangan dirinya hampir pasti kembali ke Liga Malaysia (Liga M) selepas memuat naik ucapan khas buat Ratchaburi FC.

Ucapan penghargaan itu dimuat naik di Instagram @safawirasid29 pada Rabu, malam.

"The adventure with all of you was great. Big thanks Ratchaburi FC. (Perjalanan yang hebat bersama pasukan ini. Berbanyak-banyak terima kasih Ratchaburi FC," tulisnya ringkas.

Safawi mengisi kuota pemain Asean di kelab Thailand itu pada Januari lepas, namun selepas tiga bulan berkelana di negara Gajah Putih, dia dikhabarkan mahu kembali ke Liga M.

Desas-desus penghijrahan pemain kebangsaan itu ke majikannya, JDT semakin bertiup kencang selepas pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan Safawi tidak 'selesa' bermain di bumi Gajah Putih itu.

WhatsApp Image 2023-05-17 at 23.39.06

Tangkap layar IG Story Safawi. — @safawirasid29

Pemain berusia 26 tahun itu dikaitkan ke kelab Pantai Timur termasuk Sri Pahang FC.

Selain itu, Terengganu FC turut menunjukkan minat untuk merekrut anak jati kelahiran Dungun itu.

Safawi yang menyertai JDT dari Terengganu FC II pada Januari 2017, sebelum ini pernah dipinjamkan ke kelab di divisyen utama Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada hujung 2021.

Dia membuat keputusan untuk berkelana ke Thailand dengan menyertai Ratchaburi sejak Disember lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram