Kembali ke padang latihan, fans titip kata-kata semangat buat Syazwan Andik


  • Podium
  • Rabu, 17 Mei 2023

Syazwan dirakam menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah pada Selasa. — Facebook/ SPFC

HANYA tiga hari selepas diuji dengan pemergian bayi sulung, pemain pertahanan Sri Pahang FC, Syazwan Andik kembali ke padang latihan.

Syazwan bersama-sama rakan sepasukan antaranya Nor Azam Azih, Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq giat menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi baki saingan Liga Super 2023.

Kelibat Syazwan yang dirakam lensa media Sri Pahang FC dan dikongsikan di Facebook pada Selasa menarik perhatian penyokong Tok Gajah.

Ada yang berasakan masih agak awal untuk Syazwan kembali ke pusat latihan selepas mengharungi episod duka dalam hidupnya.

Namun di sebalik itu, mereka tetap menitipkan kata-kata semangat kepada Syazwan agar terus tenang dan sabar mengharungi dugaan ALLAH.

"Semoga Syazwan kuat dan reda atas pemergian anaknya," kata seorang penyokong, Amjan Eijan.

Screenshot_2021-05-18-12-16-40-29

Syahmi menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan di Bukit Jalil hanya tiga hari selepas kematian anak. – Facebook FAM

Pada Sabtu, Sri Pahang FC memaklumkan bahawa Syazwan kehilangan bayi sulungnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 13 Mei 2023.

Bayi tersebut selamat dikebumikan pada hari sama dengan Syazwan mendedahkan nama yang diberikan kepada anak sulungnya ialah itu lelaki Muhammad Aryan Affan.

Selain Syazwan, rakan sepasukannya di Johor Darul Takzim, Syahmi Safari juga pernah kehilangan bayi perempuan dinamakan, Selma Rose Nayla pada 14 Mei 2021.

Syahmi kembali ke padang latihan dengan melapor diri bersama skuad kebangsaan di Bukit Jalil hanya tiga hari selepas kematian anak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram