BEKAS jurulatih bola sepak tempatan, Datuk Zainal Abidin Hassan dipercayai sudah bercerai dengan penyanyi, Fyna Jebat.
Perkara ini hangat diperkatakan apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen di Instagram.
Zahira Aisyah mempertikaikan satu posting mengatakan Fyna Jebat serta isteri pertama Zainal Abidin, Zalina Zaini sudah berdamai kerana kelihatan mereka duduk semeja dalam satu majlis.
Tangkap layar komen Zahira Aisyah di Boom Malaysia. — Instagram
"Kenapa perlu post balik cerita empat bulan lepas? Also, my mom did not (malah ibu saya tidak) 'berdamai' with anyone and this story is not true (dengan sesiapa dan cerita ini tidak betul).
"And for your information my dad has divorced Fyna Jebat (untuk makluman anda bapa saya sudah ceraikan Fyna Jebat. Mohon padam post ini, thank you (tolong padam ciapan ini, terima kasih)," tulisnya.
Sementara itu, Zalina Zaini pada 4 Mei lalu di Facebook pernah memuat naik status yang memberi bayangan seolah-olah ada pembalasan daripada ALLAH terhadap perbuatan manusia yang menguji hidupnya.
"Syukur...syukur Alhamdullillah, kifarah ALLAH itu wujud. Cepat atau lambat tapi pasti," tulisnya.
Tangkap layar status isteri Zainal Abidin. — Facebook Zalina Zaini
Status tersebut mengundang teka-teki dalam kalangan netizen jika ia ada kaitan dengan kisah rumah tangganya.
Di Twitter pula, ada segelintir peminat pasangan tersebut nampak kecewa kerana perkahwinan itu amat singkat.
"Buat raso-raso pastu blah...hmm sayangnya," kata Taufiq Jazze.
"Kahwin nak apa sebenarnya, tak faham," kata @stellaazzscent pula.
"Tak boleh tahan dengan yang high maintenance kot," komen Shahrir Shahrir pula.
Pelakon veteran, Mustapha Kamal dan isterinya, Susan Manen bergambar bersama Zainal Abidin dan Fyna Jebat.
Terdahulu, Zainal Abidin dan Fyna Jebat dikatakan berkahwin pada Januari lalu namun tidak mendedahkan butiran lanjut kepada umum.
Hanya Fyna Jebat atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat, 29, yang mengesahkan pernikahan mereka dalam program Famili Duo pada 9 Januari lalu.
"Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak. Harap doakan saya dan keluarga," kata adik kepada penyanyi terkenal Ayda Jebat itu.
Zainal Abidin pula mengambil pendekatan mendiamkan diri berhubung kontroversi terbabit. Majoriti bagaimanapun berusaha mendapatkan komen daripada bekas pengendali Penang FC itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram