Selesai ucap selamat tinggal dengan kelab lama, ubi muda warisan OTW ke Malaysia


  • Podium
  • Selasa, 16 Mei 2023

Richard (kanan) dikhabarkan hanya menunggu masa untuk menyarung jersi Harimau Malaya. — Instagram/richardchin

PENGENDALI Harimau Malays, Kim Pan-gon nampaknya bakal memiliki lebih banyak pemilihan pemain untuk Piala Asia 2023 Qatar apabila difahamkan ubi muda warisan, Richard Chin hanya menghitung hari untuk mengadakan pertemuan empat mata bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Minggu lalu, berita gembira itu disahkan sendiri oleh ejen pemain berusia 20 tahun tersebut iaitu Rock Management, yang mana menyatakan pertemuan berkenaan sebagai langkah untuk menyakinkan Richard untuk menyarung jersi kebangsaan.

Perkembangan terbaharu mengenai perkara berkenaan ialah difahamkan pemain yang beraksi di posisi pertahanan kiri itu kini dalam perjalanan ke tanah air.

Menerusi hantaran di Insta Story miliknya, Richard memuat naik gambar tiket penerbangan dan dia juga kelihatan sedang berada di dalam kapal terbang.

Dalam hantaran berkenaan juga, Richard juga meletakkan emoji bendera Malaysia yang seolah-olah memberi petunjuk dia dalam perjalanan ke tanah air.

Sebelum penerbangan ke Malaysia itu, Richard memuat naik ucapan selamat tinggal kepada pasukan divisyen enam liga bola sepak England, kelab Dartford FC yang mana dia dipinjamkan dari Charlton Athletic.

WhatsApp Image 2023-05-16 at 13.34.04

Tangkap layar Insta Story Richard.

“Bukan seperti yang saya mahu ia berakhir, terlepas kenaikan liga tetapi pengalaman yang baik dan terima kasih kepada semua orang di kelab kerana mengalu-alukan saya,” tulisnya.

Ketika dipinjamkan ke kelab Dartford, pemain warisan itu membuat penampilan sebanyak tujuh perlawanan bersama kelab itu pada musim ini.

Bersama Charlton, Richard pernah membantu kelab itu mara sehingga ke peringkat suku akhir saingan Piala EFL sebelum kelabnya tewas kepada Manchester United.

Sebelum itu, Richard mencipta sejarah apabila menjadi pemain berdarah Malaysia pertama yang tampil dalam saingan Piala EFL dan dia diturunkan ketika aksi bertemu Walsall. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram