Suka pulau, panjat gunung antara 12 trivia menarik 'Ketua Kampung Likas'


  • Podium
  • Ahad, 14 Mei 2023

Tae-su dan keluarganya suka berlibur di pantai. — Instagram @taesu28/ Sabah FC

NAMA Park Tae-su cukup sinonim dalam kalangan penyokong Sabah FC kerana bukan sahaja dia bagus beraksi di padang, malah karakternya yang lucu menjadikannya sangat disenangi.

Tae-su turut menunjukkan sifat kepimpinan yang cukup disegani apabila dapat menggalas tugas sebagai kapten pasukan dengan baik sepanjang musim ini.

Pemain berusia 33 tahun itu yang menyertai Sabah FC sejak 2019 itu juga dikenali ramai kerana fasih berbahasa Melayu selepas lima tahun berkelana di Malaysia.

Selain kefasihan berbahasa Melayu, ada lagi beberapa perkara menarik mengenai dirinya yang dikongsikan kepada hos Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mia Ibrahim dalam segmen Chilleks.

Berikut 12 trivia menarik Tae-su yang mendapat jolokan 'Ketua Kampung Likas' dalam kalangan penyokong.

TAESU2

Tae-su fasih berbahasa Melayu selepas lima tahun berkelana di Malaysia. — Instagram @taesu28

1. Suka filem komedi atau horror (seram)?

Jawapan: Komedi

2. Suka call atau text?

Jawapan: Text

3. Suka bangun pagi atau tidur lambat?

Jawapan: Tidur lambat

4. Kalau bukan pemain bola?

Jawapan: Orang biasa, kerja biasa

5. Introvert atau extrovert?

Jawapan: Extrovert

TAESU4

Tae-su gemar aktiviti memanjat gunung. — Instagram @taesu28

6. Suka anjing atau kucing?

Jawapan: Anjing

7. Kalau boleh cakap dengan anjing, anjing awak cakap apa?

Jawapan: Kangajiba (bahasa Korea bermaksud anak anjing)

8. Suka panjat gunung atau terjun dari kapal terbang?

Jawapan: Panjat gunung

9. Suka rambut panjang atau pendek?

Jawapan: Macam sekarang...rambut pendek

10. Suka berenang atau menyelam?

Jawapan: Berenang

TAESU

Taesu dan keluarga meraikan sambutan ulang tahun kelapan perkahwinan di sebuah pulau di Sabah. — Instagram @taesu28

11. Pulau atau gunung?

Jawapan: Pulau

12. Suka Black Pink atau BTS?

Jawapan: PTS (Park Tae-su)

Bersama Sabah FC musim ini, Tae-su yang bermain di posisi tengah bertahan sudah meledak lima gol dan membuat satu bantuan gol (assist) menerusi 10 penampilannya.

Sabah FC ketika ini menduduki tangga keempat carta liga dengan mengumpul 20 mata selepas mengharungi 10 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram