Tak salah ikut jejak Safee Sali, Safawi boleh cuba nasib di Indonesia


  • Podium
  • Sabtu, 13 Mei 2023

Safawi (kiri) boleh mencontohi Safee dengan mengikut jejak langkah penyerang berkarisma itu untuk bermain di Liga Indonesia.

BUKAN lagi rahsia apabila kelab Indonesia, Persib Bandung dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap, Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid yang ketika ini beraksi di Thailand.

Meskipun berteka-teki mengenai perkhabaran itu, Pengarah PT Persib Bandung, Teddy Tjahjono tidak menolak ada kemungkinan mahu membawa masuk pemain berusia 26 tahun itu ke Persib Bandung.

"Ga tau (Tak tahu) jadi bidikan (sasaran) Persib, ditunggu saja.

"Kalian dengar rumor-rumor yang kurang jelas. Nanti kalau salah macam mana," demikian laporan Starsport Indonesia ketika ditanya sama pemain dari Terengganu tersebut akan menyarung jersi kelab Bandung itu musim depan.

photo1683783381

Safawi dikaitkan dengan kelab Persib Bandung. — Instagram @safawirasid29 / Republik Bobotoh

Jika ditelusuri sejarah, hanya legenda bola sepak negara, Safee Sali yang pernah beraksi di Liga Indonesia bersama Pelita Jaya dari 2011 hingga 2013.

Khidmat Safee berakhir di Pelita Jaya pada akhir musim 2013 selepas lesen kelab itu dijual kepada Bandung Raya dan semua ahli pasukan digabungkan dengan Arema FC.

Ketika itu, Safee yang kini berusia 39 tahun memilih untuk menyertai Johor Darul Takzim (JDT) sebelum bersara pada Februari 2023 dengan kelab terakhirnya ialah Kuala Lumpur City FC.

Penganalisis sukan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata, Safawi boleh mencontohi Safee dengan mengikut jejak langkah penyerang berkarisma itu untuk bermain di Liga Indonesia.

fc_safee_sali_malaysia_kl_1296x729

Safee pernah beraksi di Liga Indonesia bersama Pelita Jaya dari 2011 hingga 2013. — Facebook

"Kalau tengok kita ada beberapa pemain Indonesia yang beraksi di Liga Malaysia, tapi kalau di negara jiran, seingat saya cuma Safee Sali seorang.

"Jadi jika tawaran untuk menyertai kelab Indonesia itu datang, Safawi boleh rebut peluang main di negara jiran dan menimba seberapa banyak pengalaman untuk karier bola sepaknya," katanya.

Zulakbal berpendapat, Liga Indonesia bagaimanapun dirasakan kurang menghargai bakat pemain-pemain Malaysia dalam bidang bola sepak.

"Seperti saya katakan tadi, tidak ramai pemain Malaysia beraksi di sana tetapi situasi itu berbeza dengan Liga Malaysia yang mana ada beberapa kelab di negara ini menggunakan khidmat pemain Indonesia.

"Saya fikir kalau Safawi berhijrah ke kelab Indonesia, dia seorang pemain yang berbakat besar dan saya rasa khidmatnya boleh digunakan kelab terbabit.

eog9uf02st4g5dsf02sl_15144

Safawi berkhidmat dengan Ratchaburi FC sebagai pemain pinjaman JDT. — Facebook / Ratchaburi FC

Zulakbal yang juga Profesor Madya Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, apabila Safawi bermain dengan cemerlang, dia bukan sahaja dapat bantu pasukan Persib Bandung, bahkan dapat membuka mata penyokong bola sepak di negara itu.

Menurutnya, ia sekali gus akan membuka pasaran kepada lebih ramai pemain Malaysia untuk beraksi di Indonesia, yang menawarkan saingan kompetitif seperti Liga Malaysia dan Thailand.

"Sebab kita pun tidak ramai pemain negara yang berhijrah untuk beraksi di liga Indonesia kecuali Safee saja sebelum ini.

"Jadi ada kebaikan kerana jika beri impak yang baik, dia akan bantu buka laluan kepada pemain lain yang berminat untuk berkhidmat di negara jiran," katanya.

page-24-B_29082019-800x533

Sebahagian penyokong Indonesia mengalu-alukan kedatangan Safawi. — Agensi

Ketika ini, desas-desus Safawi ke Indonesia begitu hangat diperkatakan, maman penyokong Persib Bandung, Republik Bobotoh seperti sudah mengalu-alukan penyertaan pemain berusia 26 tahun itu ke kelab Indonesia yang berpangkalan di Jawa Barat itu.

Di laman Instagram Safawi Rasid @safawirasid29, Bobotoh meninggalkan komen selamat datang ke Persib Bandung.

"Welcome kang Safawi ke Kota Bandung," lapor Tribun Jabar pada Jumaat.

Safawi yang masih bersama Johor Darul Takzim (JDT) dipinjamkan ke Ratchaburi FC musim ini dan mengumpul satu gol selain satu bantuan gol bersama kelab Thailand itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram