ACARA akhir 100 meter (m) Sukan SEA 2023 menyaksikan atlet Thailand, Soraot Dapbang membawa pulang pingat emas dengan catatan masa 10.37 saat pada Jumaat.
Namun, apa yang lebih menarik dalam perlumbaan itu adalah apabila dua wakil negara, Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi 'terpaksa' berkongsi pingat gangsa.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo, Haiqal yang memenangi emas edisi 2019 di Manila, Filipina, merupakan pelari terpantas dalam aksi saringan pertama.
Manakala juara edisi 2017 di Kuala Lumpur, Khairul Hafiz, memperoleh tempat pertama dalam saringan kedua.
Dalam perlumbaan tanpa kelibat wakil Indonesia, Lalu Muhammad Zohri, kedua-dua atlet negara merupakan yang terpantas keluar daripada blok bagi memulakan aksi.
Bagaimanapun, menuju penghujung, atlet dari Thailand, Soraoat Dapbang memecut menamatkan perlumbaan di tempat pertama sementara Marc Brian Louis dari Singapura menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 10.39s dan wakil negara berkongsi tempat ketiga dengan catatan masa 10.45s. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram